Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal sering melayan karenah peminat ketika bersiaran langsung di TikTok. Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, Aeril menjawab persoalan pengikut yang mahukan dirinya untuk mencukur jambang.
“Nak potong sayang, sebab Wawa suka lelaki jambang panjang,” jawabnya di siaran langsung itu. Tidak mendiamkan diri, Wawa yang berada di sebelah Aeril tersengih dan berkata Aeril sering menyalahkannya walaupun dia tidak pernah berkata sebegitu. “Dia ni kan semualah aku disalahkannya, contoh kalau dia main badminton kan, dengan kawan-kawan dia kan.
“Dia nak balik awal and then kawan-kawan dia tu pun ajaklah lepak. Aeril jomlah lepak minum-minum kan lepas badminton kan. “Biasalah orang lelaki nak lepak minum-minum tapi dia ni pula salahkan aku. Dia cakap Wawa tak bagi lepak. Wawa tunggu aku dekat rumah. “Padahal dia sendiri yang tak nak lepak. Ini jambang ni pun dia sendiri yang tak nak potong. Aku juga disalahkan,” ujar Wawa. Walau bagaimanapun, Aeril turut menjawab bahawa lelaki yang pulang ke rumah awal dan tidak keluar lepak adalah lelaki yang bagus.
|
prince_marhaen: sekadar mengimbas wajah tanpa ...
slyfynx replied at 20-12-2022 06:28 PM
Bijik nye la isi thread
prince_marhaen replied at 21-12-2022 09:34 AM
sekadar mengimbas wajah tanpa jambang....nahhhh! setim tak nok??
ADVERTISEMENT