CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Meluat Tengok Tom Dan Fuad Berdisko Dalam Kereta, Rupa-Rupanya Pemandu E-Hailing Yang Suruh

20-12-2022 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4154| Komen: 31

Nampaknya pasangan penyanyi Fuad Rahman dan Tom terus menjadi bahan kecaman netizen sejak mengumumkan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta baru-baru ini.

Terbaharu, Fuad dan Tom dilihat menari sakan dalam sebuah kereta seperti sedang berpesta di kelab malam yang membuatkan peminat meluat dengan aksi keterlaluan bekas peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan 9GV9) ini.

Tampil mempertahankan diri, Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, rakaman video yang tular itu hanyalah sekadar meluahkan rasa gembira dan memenuhi permintaan pemandu e-hailing yang mereka ketika itu.

Foto: IG

"Video tersebut hanya suka-suka sahaja. Ketika itu kami dalam kenderaan e-hailing selepas mengadakan persembahan di Singapura. Pemandu tersebut minta saya nyanyi tapi disebabkan penat saya beritahu tak boleh berbuat demikian.


"Jadi dia pasang lagu-lagu ketika zaman saya muda dulu. Ketika itu juga saya terkenang apa yang telah dilalui sebelum ini dan mengingatkan supaya saya tidak lagi terlibat dengan kerja-kerja jahat.

"Manusia tidak semuanya sempurna. Ada masa buat silap juga. Mungkin aksi tersebut kurang disenangi orang, tapi saya ini sentiasa ingat pada Allah dan terus mendidik diri untuk jadi lebih baik," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fuad berkata, dia tidak mahu mengambil serius dengan kecaman netizen yang sering mencari kesalahan sejak mereka kembali bercinta.

Bagaimanapun kata Fuad, dia akan menjawab sebarang tuduhan atau kekeliruan yang timbul bagi mengelakkan salah faham berlarutan dalam kalangan peminat.

"Saya telah melalui fasa hidup yang lebih teruk berbanding kecaman netizen. Lagipun saya faham kritikan itu adalah sebahagian daripada hidup seorang artis. Jadi sejak dahulu lagi saya sudah bersedia.

"Namun kalau ada yang berkata buruk atau buat tuduhan tidak betul, saya akan jawab. Orang tidak berada di tempat saya boleh kata apa sahaja sedangkan mereka tidak tahu perkara sebenar.

"Apa yang penting adalah saya, Tom, keluarga, dan teman-teman rapat tahu apa kami buat. Dalam masa sama kecaman netizen ini juga penting untuk kami perbaiki diri jika ada buat salah," jelasnya.

Cinta Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, dan Fuad kembali bertaut selepas 12 tahun berpisah ketika mereka sama-sama terlibat dalam program GV9 baru-baru ini.

Mengakui pernah meninggalkan Tom sendiri selepas ditahan pihak berkuasa akibat masalah dadah, Fuad berharap dia dapat menebus kembali kesalahan lalu dalam hubungan kali ini.

"Tom sudah berjumpa keluarga saya dan ibu pun terima dia seadanya. Ibu saya tahu kami pernah bercinta dahulu dan sekarang ini apa yang menjadi keutamaan baginya adalah melihat saya bahagia.

"Saya pun sudah kenal rapat dengan keluarga Tom. Perancangan untuk berkahwin memang ada namun bukanlah dalam masa terdekat," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 20-12-2022 05:07 PM
Alasan mcm gampang. Geli muntah aku tgk video tu. Menggelijat dua2 ekor mcm ulat taik!!! Muka dua2 pun mcm taik! Perangai dua2 pun mcm taik! Anjing kalau dah biasa makan taik!! Tahikkkkkk!!!
Quote selipar_hijau 20-12-2022 05:11 PM
setiap perbuatan diorg siap ada benang khusus kat sini. kalah artis² dan founder² tersohor tanahair
Quote alesandra 20-12-2022 05:43 PM
Pesal la byk sgt thread psl deyols ni
Quote annadonna 20-12-2022 05:44 PM
Puad ni taste dia mmg bad girl. Ex wife dia tu pun kemain gelek dangdut atas pentas ya biarpun tudung berlitup. Tom pun aura bad girl kuat sgt. Dah gitu yg disukanya
Quote Parit.Hilton 20-12-2022 05:48 PM
mana video tu nak tgk
Quote Lentera 20-12-2022 06:46 PM
Kalau pemandu tu suruh ko berjimak dlm kete dia macam mana? Ko buat gak la ye
Quote bondeh 20-12-2022 08:52 PM
Eeeeeee busuknya gambar berdua tuh
Quote Dolmat 20-12-2022 09:18 PM
Edited by Dolmat at 20-12-2022 11:54 PM

"Bagaimanapun kata Fuad, dia akan menjawab sebarang tuduhan atau kekeliruan yang timbul bagi mengelakkan salah faham berlarutan dalam kalangan peminat."

Ehhhhh BUSUK kepamss tak payahlah.. KO dua ekor siamang punya jawapan tetap belit2 pembohong hanat mengalahkan padiaaaapaaaaaaa
Quote Goodluckdontcry 20-12-2022 10:17 PM
Edited by Goodluckdontcry at 20-12-2022 10:20 PM

"Manusia tidak semuanya sempurna. Ada masa buat silap juga. Mungkin aksi tersebut kurang disenangi orang, tapi saya ini sentiasa ingat pada Allah dan terus mendidik diri untuk jadi lebih baik," katanya kepada mStar.

Ayat gebang ko mamat ...mmg thp putar skru pemutar premium...den nk mintak tlg ngan ko, klu nk guna nama Allah SWT, biarlah tingkah laku yg ko tunjuk pun seiring sejln ditaman...klu x, tlg jgn sebut2 nama Allah SWT hny sekadar utk justifikasi perangai ko yg mcm setan ni beruk....ehhhhh mamat Singapore bak kut teh..

p/s den tulis bak kut teh sbb den rs Singapore terkenal dgn makanan tu kut... kehkehkeh belacan hny utk org Msia...
Quote intan244 20-12-2022 11:04 PM
serius xkenal lansung diorg ni sblm keluar byk artikel kat forum. lagu apa pon xtau. power pakcik grab tu.
Quote AcikBuncit 20-12-2022 11:40 PM
Busuknye nmpk dua2 ni.. Msti bau kepam rokok kan..xnmpk cm cntoh elok utk anak2 pn.. Tkrla lifestyle tu bkn muda lg adoii
Quote Meiizu 20-12-2022 11:55 PM
Hamboooooiiii seluas ketiak ko depang tangan hangkat tayang.
Bbbuuuwekk
Quote Perawankota 21-12-2022 03:20 AM
Mana video tu?
Quote GreySuede 21-12-2022 04:16 AM
Acah2 sporting le tu.
Quote rosedemon 21-12-2022 07:25 AM
lantak komela asal bhgia. kapel pprt ni toksah la hadap sgt
Quote makton 21-12-2022 08:00 AM
kapel kepam & hanyir
Quote MilanAdelynn 21-12-2022 08:11 AM
Malas layan 2 ekor kepam ni? Level.pprt mmg payah nak berubah. Nampak hanyir sgt..Anyway, takde thread ke pasal sol & birah dah kawin?
Quote maharani_gebu 21-12-2022 09:41 AM
tapi tiak tom cerah giler dowh... kontra sungguh dengan part lain yg berkerak
Quote marchikobonzo 21-12-2022 10:42 AM
Mana video tu?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.186730 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top