CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Allah Ambil Semua Anak Perempuan Saya, Bangun Pagi Janggal Tak Ada Orang Tanya Nak Makan Apa"

20-12-2022 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6035| Komen: 62

Tumpat: "Bangun tidur pagi ini terasa agak janggal kerana sudah tiada lagi suara tiga anak perempuan saya bertanyakan apa yang ingin dimakan untuk sarapan," kata bapa kepada tiga beradik yang terkorban akibat renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak di sini, semalam.


Mohd Nadzir Mohamed, 67, berkata, sudah menjadi kelaziman tiga anak perempuannya itu untuk menyediakan makan minum mereka sekeluarga dan sentiasa bertanya apa yang ingin dimakan.


Foto: Harian Metro

"Semua anak perempuan saya terutama Nurul Syazwani, memang ringan tulang menyediakan makanan untuk kami sekeluarga dan ada sahaja yang dia masak selain bertanyakan dahulu apa yang ingin saya makan.

"Fathiah dan Sakinah juga pandai membuat kuih muih malah menjadi rutin setiap hari saya menghantar kuih mereka untuk dijual ke kedai kopi setiap pagi.


"Memang sangat terasa dengan kehilangan mereka bertiga dan Allah SWT ambil semua anak perempuan saya. Kini hanya tinggal (anak) lelaki sahaja seramai lima orang tapi, kami tetap reda dengan ketentuan-Nya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.45 pagi semalam, tiga beradik iaitu Nurul Syazwani Mohd Nadzir, 33 serta dua adiknya, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, maut terkena renjatan elektrik selepas menyentuh tiang di rumah jiran yang digenangi banjir.

Ketiga-tiga mereka dikatakan ingin melihat paras air di sekitar rumah dan sempat merakamkan gambar kenangan serta berkongsi di kumpulan WhatsApp keluarga sebelum berlaku tragedi.

Jenazah tiga beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak, di sini pada 11.45 malam tadi dalam satu liang lahad.

Menurut Mohd Nadzir, bayangan tiga anak perempuannya terbaring di dalam air dalam keadaan sudah tidak bernyawa masih menghantui dirinya, malah dia sedikit terkilan kerana tidak mampu berbuat apa-apa sehingga pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) tiba untuk memutuskan bekalan elektrik.

Mengenai video kejadian itu yang tular, dia merayu agar dihentikan tindakan itu bagi menjaga perasaan mereka sekeluarga.

"Tiada rasa marah atau dendam, cuma saya mohon agar tidak lagi ditularkan video yang memaparkan keadaan anak-anak saya bergelimpangan di dalam air, ia sangat memilukan kami," katanya.

Terdahulu keluarga itu menerima kunjungan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun yang hadir bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan peribadi serta barang keperluan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 20-12-2022 04:21 PM
Takziah.

Lepas ni anak2 lelaki pakcik pula yg amik alih tugas2 anak perempuan.
Quote supernaturalee 20-12-2022 04:25 PM
pmX jenguk2 la klu dan esok

Quote nuralisa 20-12-2022 04:36 PM
semua masih bujang lagi...
3 sekaligus pergi tinggalkan mak ayah ...
semoga terus ke syurga ...  amin
Quote gigahertz 20-12-2022 04:51 PM
masa ni la iman main peranan.
bukan senang beb nak besarkan anak.
harap harap pakcik ni di kurnakan kesihatan yang maha baik.
Quote bakingsoda 20-12-2022 05:01 PM
mmg 3 org je anak perempuan, mesti la rasa janggal bukan sorang tapi 3 skaligus, hilang pulak dlm sekelip mata semoga pakcik makcik tabah
Quote mehmet 20-12-2022 05:07 PM
Kali ini Aku baca article dengan aman damai. Cara penulisan Seolah dapat Rasa kesedihan seorang Ayah. Bertabah lah wahai Ayah Ibu. Doa Saya buat kalian.
Quote pu3_rania 20-12-2022 05:13 PM
Ya Allah
Kesiannya
Quote rosmahisham 20-12-2022 05:15 PM
Ya Allah sedihnya..aku yg kehilangan arwah abh n mak mertua,adek sepupu pon ssh nk move on..ni lg la 3 sekaligus..semoga family ni terus kuat semangat..menempuh dugaan.
Quote Lagubestbest 20-12-2022 05:23 PM
ezacbee replied at 20-12-2022 04:21 PM
Takziah.

Lepas ni anak2 lelaki pakcik pula yg amik alih tugas2 anak perempuan.

anak lelaki pepandai la hidup sendiri. bercakap pun tidak. mesti janggal pasni.
Quote green~tea 20-12-2022 05:27 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun

Sayu nya hati baca berita ni...

Semoga mereka diberi kekuatan
Quote Tinot7 20-12-2022 05:33 PM
Takziah kpd keluarga.
Quote Belibis 20-12-2022 05:37 PM
supernaturalee replied at 20-12-2022 04:25 PM
pmX jenguk2 la klu dan esok

Silap2 ebit lagi awal sampai..insyaAllah.
Quote gideoncross 20-12-2022 06:11 PM
ezacbee replied at 20-12-2022 04:21 PM
Takziah.

Lepas ni anak2 lelaki pakcik pula yg amik alih tugas2 anak perempuan.

Bila bca artikel ni, rsanya ank2 prmpuan pkcik ni yg bnyk buat itu ini, anak2 llaki buat apa agknya slain brkrja.
Quote gideoncross 20-12-2022 06:13 PM
Lagubestbest replied at 20-12-2022 05:23 PM
anak lelaki pepandai la hidup sendiri. bercakap pun tidak. mesti janggal pasni.

Rsanya ank2 prmpuan pkcik ni yg buat mcm2 utk family, tiga2 skligus hndal bab pnyediaan & pnjualan mknan. Tiap2 hri plak tnya makpak nk mkn apa pstu d sediakn, msti penat tu & anak2 llaki entah thu ke x apa yg makpak nak mkn.
Quote becir 20-12-2022 06:16 PM
Camne nak cakap ye...anak pempuan tula penyeri keluarga...sekali sampai tiga2 pegi..sedihnya
Quote cupu 20-12-2022 06:16 PM
gideoncross replied at 20-12-2022 06:11 PM
Bila bca artikel ni, rsanya ank2 prmpuan pkcik ni yg bnyk buat itu ini, anak2 llaki buat apa agkny ...

Tak la..anak pppuan.blm kawen semua. Dok ngan mak ayah.jns solehah semua. 2 dr mereka cikgu tadika..umjr lebih kurang jd rapat sgt. Diaorg decide nk terus dok kg je wlupun ada kelulusan. Sbb tu diaorg keja dlt kg buat kuih letak kedai je..mmg keluarga ni keluarga yg warak la lebih kurang.
Quote acik79 20-12-2022 06:37 PM
cupu replied at 20-12-2022 06:16 PM
Tak la..anak pppuan.blm kawen semua. Dok ngan mak ayah.jns solehah semua. 2 dr mereka cikgu tadika ...

Sedihnya mak bapa dia kan tak de dah anak2 tanya nak makan apa pagi2… aku tgk video tu kat wasap tp aurat anak2 dia terjaga, aku ingat lakonan mula2 tu sbb tak de suara, bila dengar suara rupanya betul2… terbayang2 pula… semoga mereka semua dapat berkumpul semula kat syurga abadi.
Quote edayildiz 20-12-2022 06:48 PM
sedihnyaa baca ni..
kita tak tahu bila kita akan pergi selamanya
Quote TomyamPuteh 20-12-2022 07:12 PM
Aku x sggp nk bukak video yg kwn2 hantar.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.235426 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top