CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tekup Kepala Dengan Plastik Dan Tarik Rambut Dua Budak, Pengasuh Taska Dipenjara Tujuh Hari Dan Denda RM32 Ribu

20-12-2022 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1756| Komen: 16

Kuala Lumpur: Seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dipenjara tujuh hari dan didenda RM32,000 oleh dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini, tadi, kerana menganiaya termasuk menekup kepala dengan plastik dan menarik rambut masing-masing terhadap dua kanak-kanak berusia setahun.


Siti Rosliza Mukhtar, 47, dipenjara bermula semalam dan akan dipenjara 18 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman terbabit diputuskan dua hakim, Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi dan Norina Zainol Abidin, selepas Siti Rosliza mengaku bersalah atas dua pertuduhan menganiaya kanak-kanak terbabit.

Mengikut pertuduhan, Siti Rosliza melakukan penganiayaan dengan menekup kepala kanak-kanak perempuan dengan plastik yang mana ia mungkin menyebabkan mangsa cedera fizikal dan emosi di sebuah Taska di Brickfields, pada 3.19 petang, 16 November lalu.


Gambar Hiasan


Tertuduh juga didakwa melakukan penganiayaan dengan menarik dan mengheret tangan dengan kasar serta menarik rambut kanak-kanak lelaki untuk yang mungkin menyebabkan mangsa cedera fizikal di Taska terbabit, pada 5.36 petang, tarikh sama.

Susulan itu, wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri, memohon hukuman penjara dan denda dikenakan terhadap tertuduh yang bersifat pengajaran, mengambil kira faktor kepentingan awam serta menghantar mesej jelas bahawa tiada kompromi terhadap kesalahan dilakukan.

"Tertuduh sepatutnya lebih bertanggungjawab dan berhati-hati ketika mengasuh kanak-kanak. Kesalahan itu jelas penganiayaan kepada kanak-kanak.

"Sebagai orang dewasa, tertuduh boleh lihat kesan dan akibat tindakannya terhadap kanak-kanak itu," katanya.

Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub berkata, tertuduh sebagai pengasuh sepatutnya menjaga kanak-kanak dengan baik seperti diamanahkan oleh ibu bapa mereka.

"Tertuduh yang tiada rekod jenayah menekup kepala mangsa dengan plastik dan ia membahayakan serta mengakibatkan kecederaan serius kepada kanak-kanak itu.

"Saya memohon hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh yang didakwa kerana menganiaya mangsa," katanya.

Susulan itu, Siti Rosliza yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana menanggung ibu yang rabun serta adik-beradik lain.

"Saya tidak berkahwin dan ketika ini menumpang di rumah adik. Saya juga perlu melunaskan kembali bayaran pinjaman di syarikat lama saya bekerja," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 20-12-2022 04:19 PM
pdn muka ko anak dara tua
Quote supernaturalee 20-12-2022 04:29 PM
laju pulak jatuh hukum kes ni

kes lg 1 tu tah bila baru nk selesai


Quote ifanonline 20-12-2022 04:31 PM
Siti Rosliza Mukhtar, 47, dipenjara bermula semalam dan akan dipenjara 18 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.


andartu forever..enough said
Quote bondeh 20-12-2022 04:45 PM
Gilanya eloklah mereput dalam penjara.
Quote EJALTI 20-12-2022 04:48 PM
Pengasuh taska dipenjara 7 hari, denda RM32,000 aniaya 2 kanak-kanak

https://www.utusan.com.my/nasion ... iaya-2-kanak-kanak/

Oleh NORLIZAH ABAS
20 Disember 2022, 4:39 pm



KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh taska dipenjara tujuh hari dan denda RM32,000 oleh dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan berasingan iaitu menyerkup kepala seorang kanak-kanak dengan plastik dan mengheret tangan seorang lagi anak asuhannya secara kasar.

Tertuduh, Siti Rosliza Mukthar, 47, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim
Norina Zainol Abidin dan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud.

Bagi kes pertama yang disebut di hadapan Norina, Siti Rosliza dipenjara tujuh hari dan denda RM20,000 kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dua bulan dengan cara menyerkup kepala mangsa menggunakan plastik.

Sementara di hadapan Nu’aman pula, pengasuh tersebut dipenjara sehari dan denda RM12,000 kerana menganiaya seorang kanak-kanak lelaki usia sama dengan cara mengheret tangan mangsa secara kasar dan menarik rambut untuk mendudukkannya.

Hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini dan sekiranya Siti Rosliza gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama 18 bulan.

Kedua-dua perbuatan itu mungkin akan menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah taska di Brickfields di sini, masing-masing pukul 3.19 petang dan 5.36 petang pada 16 November lalu.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau pemenjaraan maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pasukan pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri dan Noorhani Muhmmed Ayub memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal.

Ini kerana tindakan yang dilakukan Siti Rosliza boleh menyebabkan kecederaan serius pada fizikal kedua-dua mangsa.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan dengan alasan perlu menanggung ibu bapa dan adik-beradik.

“Saya sudah tidak bekerja dan mempunyai pinjaman pembiayaan yang perlu dilunaskan,” katanya.

Menurut fakta kes, bapa mangsa bagi kes pertama memohon menyemak rakaman Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) selepas menerima maklumat berlaku penderaan dipercayai melibatkan taska anaknya.

Bapa berkenaan memohon menyemak rakaman itu bagi memastikan sama ada anaknya juga didera.

Hasil pemeriksaan rakaman CCTV menunjukkan seorang pengasuh memukul belakang mangsa sebanyak dua kali dan menyerkup kepalanya dengan plastik.

Siasatan mendapati, kejadian yang berlaku pada 16 November lalu berpunca daripada perbuatan mangsa terkencing ketika pengasuh berkenaan ingin menukar lampin menyebabkan air kencing terkena kain yang dipakainya.

Siasatan turut menunjukkan, pengasuh berkenaan telah memukul badan kanak-kanak itu sebanyak dua kali dan menyerkup kepala mangsa dengan beg plastik selama lima hingga enam saat serta memegang kepalanya dengan kedua-dua tangan.

Hasil siasatan juga menyatakan, Siti Rosliza mula bekerja di taska berkenaan sejak Julai lalu.

Dalam kes kedua, pengadu iaitu ibu kepada kanak-kanak lelaki itu memohon untuk memeriksa rakaman CCTV selepas mendapati telinga anaknya mempunyai kesan luka dan lebam.

Rakaman CCTV itu menunjukkan Siti Rosliza menolak dan mengheret anak wanita itu hingga terjatuh.

Laporan awal perubatan pula mengesahkan terdapat kesan lebam pada bahagian telinga kiri. – UTUSAN

Quote Carcosa 20-12-2022 10:48 PM
Edited by Carcosa at 20-12-2022 10:50 PM

Bodoh punya betina. Kalau kau kerjakan kucing mcm tu, mau muka kau dah kena tibai dgn kucing tu. Itu binatang tau, ada otak takde akal.
Ni anak manusia. Kau ingat mak budak2 tu nak tepuk tangan je, happy, bila kau kerjakan anak diorang??
Bodoh punya betina taklaku.
Quote intan244 20-12-2022 11:39 PM
taska di brickfields tu kat mana. office tower iols pon ada taska. btw yg hempas budak setaun tu kena 10k je xde penjara pon knp beza hukuman.
Quote faraway1 21-12-2022 02:29 AM
Ni cuma membunuh.

Patut kasi penjara seumur hidup aje, atleast dah masuk penjara tak perlu menumpang rumah orang dah..
Quote hydrangea 21-12-2022 02:45 AM
makan apa la yang zalim sangat ni..kalau xboleh sabar dengan budak kecik, ko kerja la kat zoo..kat kandang rimau
Quote LadyCarefree 21-12-2022 02:50 AM
makpak kalau xmampu nak jaga anak sebaiknya eloklah xyah beranak. korang beranak utk apa sebenarnya? insuran hari tua? malu orang mengata xdok anak? insecure dgn pasangan kalau xde zuriat? org beranak ko pon nak beranak? saja gedik nak ada anak?
Quote edayildiz 21-12-2022 03:38 AM
spesis bainon ke suspek kali ni
sbb bainon gemok tu la hbs semua yg gems dikaitkn..
kerana nila setitik hbs susu sebelangga..gitoh
Quote rosedemon 21-12-2022 07:09 AM
yg tak sabar ko boleh g mmpos
Quote susukambingbest 21-12-2022 07:12 AM

"Saya tidak berkahwin dan ketika ini menumpang di rumah adik. Saya juga perlu melunaskan kembali bayaran pinjaman di syarikat lama saya bekerja," katanya.

Patut la pelik2 je prangai acik ni. Stress sgt tu. Lps tu lpskn kmarahan kt budak2
Quote elzy 21-12-2022 08:08 AM
Takde otak, budak baru nak hidup kau buat macam tu..
Quote sangbara2020 21-12-2022 09:46 AM
dia xlaku pastu aniaya anak org lain...begitukah?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037866 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top