CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kacak, Fasih Cakap Melayu! Adik Lelaki Jadi Perhatian, Amelia Henderson Tengah Pujuk Kembali Berlakon

20-12-2022 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6143| Komen: 32

Program kendalian pelakon Amelia Henderson iaitu Studio Sembang semakin mendapat perhatian peminat apabila ia menampilkan ramai selebriti terkenal sebagai tetamu jemputan seperti Meerqeen, Idris Khan, Anna Jobling dan ramai lagi.


Namun kemunculan adik lelaki Amelia, 26, iaitu Alex Henderson mencuri perhatian apabila ramai teruja dengan wajah kacak pemudah berusia 23 tahun itu selain kebolehannya bercakap dalam bahasa Melayu dengan cukup baik seperti mana kakaknya.

Ramai memuji Alex atau Alexander Rudra Keith Henderson yang tampil bersahaja tetapi menghiburkan malah ramai berharap pasangan adik-beradik itu akan terus bekerjasama pada masa hadapan.

Foto: IG

Malah ramai menyifatkan pemuda kacukan India-Scotland itu mempunyai potensi sebagai pelakon.


Amelia mendedahkan dia sebenarnya sedang berusaha memujuk Alex untuk kembali aktif dalam dunia lakonan kerana yakin dengan bakat dimiliki adiknya itu.

Kata pelakon itu, darah lakonan yang mengalir dalam diri membuatkan dia mahu Alex mengikut jejak langkahnya menceburkan diri dalam bidang hiburan apatah lagi adik lelakinya itu pernah membintangi beberapa buah drama sebelum ini.



"Sejak kecil, kalau saya berlakon drama atau terlibat dalam iklan komersial TV, Alex selalu ada bersama malah dia pernah terlibat dalam beberapa program televisyen yang melibatkan saya.

"Bidang lakonan yang sudah sebati dengan diri saya membuatkan saya mahu Alex mengikut jejak langkah saya kerana dia berbakat besar," katanya.

Dalam pada itu, Amelia memberitahu mereka berdua ada terlibat dalam sebuah filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi dan sedang berusaha memujuk Alex terlibat dalam sebuah lagi projek bersamanya.



Kata Amelia, tidak mudah memujuk adik lelaki kesayangannya itu namun tidak berputus asa kerana selesa apabila Alex ada bersamanya.

"Lakonan sudah sebati dengan diri saya dan disebabkan itu ia sudah dianggap sebagai 'keluarga'... jadi saya rasa Alex memang perlu sentiasa ada bersama saya.

"Tapi memujuknya bukan perkara mudah tetapi saya tak berputus asa sampai dia setuju," katanya.

"Lakonan adalah satu bidang yang saya tidak boleh lari. Disebabkan ia sudah dianggap sebagai keluarga, jadi saya rasa Alex memang perlu sentiasa kena ada bersama saya," ujarnya.




Dalam perkembangan lain, Amelia kini sedang aktif sebagai hos rancangan temu bual berjudul Studio Sembang yang disiarkan menerusi platform media sosial.

Amelia turut mengundang Alex sebagai tetamu jemputan.



Kemunculan dua beradik ini mencuri tumpuan ramai, apatah lagi dengan kefasihan mereka berbahasa Melayu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 20-12-2022 04:21 PM
Aku selalu tgk alex ni dkt IG Mark Odea.
Adik Amelia rupenye
Quote Kurex 20-12-2022 04:33 PM
Takde la kacak mana.. tapi tengok jari, macam nalla bawah pusat tu
Quote CrowneGlory 20-12-2022 04:51 PM
kacak la jugak dari kacak anak dsv...ahahaha
Quote pooh~key 20-12-2022 05:59 PM
Thread favorite sampah gay in closet @PetitionWriter ni sister weh sis.
Quote lattehazelnut 21-12-2022 06:42 AM
Boleh la nak jd hero drama..
Balik2 muka bapak org 40 tahun jd budak sekolah or pelajar uni..
Quote rosedemon 21-12-2022 07:24 AM
sooo? next tak minat la ko adik bradik
Quote insyi81 21-12-2022 09:04 AM
tak buruk n tak lah handsome..
Quote Cpkay 21-12-2022 10:01 AM
ok ok lah. muda anak ikan mcm ni.. tapi tak pernah lagi tengok drama dia ni
Quote cicicumel 21-12-2022 10:32 AM
Muka kokosen hero x laku kt Malaysia ni.
Quote kitmal 21-12-2022 10:33 AM
pada sapa yang suka hero pan asian..........
Quote nadie90 21-12-2022 11:01 AM
Definisi 'fasih cakap BM' untuk sstgh warganet/sstgh wartawan hiburan/sapa2 bila org yg bukan Melayu, yg sememangnya lahir dan membesar kat Malaysia dan boleh cakap BM lol
Quote umbut 21-12-2022 11:29 AM
Adik dia x glamour x hensem sangat x laku, kalo x dah lama jadi retis ikut kakak
Quote Suchi 21-12-2022 11:41 AM
Terlalu “india” bagi iols tp oklaah bab kata acik porem lain kategori lelaki berwajah sederhana  laa kiranya
Quote Suchi 21-12-2022 11:44 AM
nadie90 replied at 21-12-2022 11:01 AM
Definisi 'fasih cakap BM' untuk sstgh warganet/sstgh wartawan hiburan/sapa2 bila org yg bukan Melayu ...

Pasnih wartawan tak perlu la teruja sgt bila non malay atau mcm dorang ni bangsa kategori “lain-lain..” ni boleh berbahasa melayu.
Dah nama pun org malaysia lahir pun kat sini patutnya tak jd isu pun.


Quote heythere123 21-12-2022 12:59 PM
eww, celah mana hensem adik dia ni? nampak very kepam nyah
Quote September14 21-12-2022 01:19 PM
Okla yg penting lebih kacak dr laki acik2 forum
Quote dekmieDandy 22-12-2022 10:07 AM
slyfynx replied at 20-12-2022 04:21 PM
Aku selalu tgk alex ni dkt IG Mark Odea.
Adik Amelia rupenye

makr o'dea tu duduk malaysia lagi ke?

lama dah unfollow lepas jambang dia makin panjang
Quote rosevelvet 22-12-2022 10:15 AM
Ingt lg time dorang kecik dulu. Mak dia citer daily routine dorang sgt ketat. Balik sekolah, pg tuition, pastu pi piano class, swimming class n mcm2 lg. Could be in the alternate day. Mak dorang ckp 2 beradik ni mmg enjoy dgn class session dorang.
Quote tomiko_haza 22-12-2022 10:23 AM
CrowneGlory replied at 20-12-2022 04:51 PM
kacak la jugak dari kacak anak dsv...ahahaha

aduyaiii..hahahaha tp untung kacak dsv ttp dipanggil kacak

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.100140 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top