CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Artis Verteran Tak Puas Hati- Berlakon Hanya Dibayar RM300 Je Sehari, Patut RM500-Rm1000

20-12-2022 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1382| Komen: 4

Presiden Yayasan Artis Veteran Malaysia, Kismah Johar mengakui, sebahagian artis lama masih menerima bayaran rendah, biarpun berpengalaman luas sebagai anak seni.

Menurutnya, isu bayaran rendah dan tidak setimpal adalah masalah lama yang masih membelenggu, terutama bagi artis veteran.

Selain bayaran rendah, katanya, ramai artis veteran juga tidak mendapat tawaran berlakon daripada pihak produksi yang lebih mengutamakan bakat muda.


Kismah Johar, Foto: Utusan Online

“Ada artis veteran datang mengadu hanya terima bayaran RM300 sehari sedangkan dia perlu menjayakan empat adegan dalam tempoh itu.

“Sekurang-kurangnya dia perlu menerima RM500 hingga RM1,000 sehari, bergantung pada adegan. Mereka bukannya ‘demand’ kerana ada antara artis ini sudah mempunyai nama dalam industri dan mampu berkarya dengan baik.


“Ada juga yang kemurungan kalau tidak dapat tawaran berlakon dan berkarya. Malah, kalau dapat tawaran berlakon biarpun hanya untuk dua hari, mereka sangat bersyukur,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Isu bayaran tidak setimpal, layanan kelas kedua dan diperlekehkan syarikat produksi sering disuarakan pelakon veteran sejak dulu lagi.

Tahun lalu, seorang pelakon veteran pernah memberitahu, hanya menerima RM150 bagi menjayakan sebuah episod, selain mendapat layanan kelas kedua berbanding artis muda dan popular.

Kismah yang terkenal menerusi drama Keluarga Iskandar, bagaimanapun tidak menolak masih ada penerbit yang bermurah hati dengan memberi bayaran setimpal.

“Saya tidak nafikan, masih ada penerbit yang bagus, malah sanggup membayar lebih daripada kadar sepatutnya.

“Ada penerbit sampai cakap mahu bayar lebih supaya pelakon veteran dapat membeli ubat-ubatan, makanan tambahan dan urusan kesihatan lain,” kongsinya.

Mengulas lanjut, Kismah berkata, golongan artis veteran kategori ‘A’ sememangnya menerima bayaran lumayan disebabkan mereka sudah terkenal, selain kerap muncul di televisyen.

“Pelakon veteran pun ada kategori dan gred ini sebenarnya terpulang pada pihak produksi untuk tetapkan.

“Kalau saya berlakon selama ini, Alhamdulillah dapat bayaran setimpal. Kita boleh berunding dan bertolak ansur mengenai soal bayaran kalau bersesuaian dengan kadar yang ditawarkan,” jelasnya.

Kismah kini menerajui yayasan tersebut sebagai presiden selama sedekad dengan memiliki seramai 100 ahli terdiri daripada artis veteran di negara ini. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-12-2022 07:23 AM
pelakon veteran ni anak sume xfnction ke. duk umah jela amal ibadat alahai
Quote supernaturalee 21-12-2022 11:38 AM
rosedemon replied at 21-12-2022 07:23 AM
pelakon veteran ni anak sume xfnction ke. duk umah jela amal ibadat alahai

savage



Quote Ayda89 21-12-2022 11:47 AM
Melampau ek producer ke apa semua yg terbabit tu. Pelakon mcm kismah johar n the gang ni kalau berlakon hebat kot. Agak2 la payment mcm bg pelakon budak2 je
Quote slyfynx 21-12-2022 11:56 AM
Keme yang bekerja biase ni pun kalau 6000 sebulan, baru RM250 sehari kalau kire 24 hari bekerja.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.139621 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top