CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MAIS Pantau Ketat Ajaran Sesat Millah Abraham, Syiah, Al-Arqam@Rufaqa' Dan Qadiani@Ahmadiah.

20-12-2022 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1032| Komen: 2

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sedang memantau ketat sebanyak 14 ajaran sesat yang dikesan masih bergiat aktif di negeri ini.

Ajaran yang didapati menyeleweng itu antaranya ajaran Millah Abraham, Syiah, Al-Arqam@Rufaqa’ dan Qadiani@Ahmadiah.


Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pemantauan rapi sentiasa dijalankan pihaknya secara berterusan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Abdul Aziz (tengah) bersama penerima ganjaran dan peserta program itu di Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Foto:Kosmo

Kata beliau, pihaknya mengakui segelintir umat Islam mudah tertarik dengan perkara indah namun tidak menyedari ia sebaliknya terpesong.


“Justeru, kita menasihatkan orang ramai yang berasa curiga atau keliru mengenai sesebuah ajaran supaya segera merujuk kepada MAIS.

“Selain itu, mereka boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) 2022 di Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Pada program itu, beliau turut menyerahkan ganjaran RM1.03 juta kepada 81 PIBK yang bernaung di bawah MAIS atas komitmen menangani isu ancaman akidah dan sosial umat Islam.

Semalam, Kosmo! melaporkan kumpulan ajaran sesat Millah Abraham yang dikesan kewujudannya beberapa tahun lalu, kini kembali hangat diperkatakan.

Beberapa pengikut termasuk seorang selebriti lelaki mendedahkan terjebak dengan kumpulan berkenaan.

Jelas Abdul Aziz, orang ramai yang mempunyai kesangsian berkaitan ajaran sesat turut boleh merujuk kepada 97 PIBK yang berdaftar di bawah MAIS.

“Kita termasuk JAIS sememangnya tidak mampu untuk bergerak secara bersendirian terutama bagi menjalankan penguatkuasaan.

“PIBK antara pihak yang turut bekerjasama dengan kita dan terbuka membantu mereka yang terjebak dalam ajaran sesat,” ujarnya.

Tambah beliau, umat Islam dinasihatkan tidak terpedaya dengan ajaran sesat termasuk menerusi media sosial dan merujuknya kepada pihak berkuasa berkaitan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-12-2022 07:08 AM
pantau ketat tapi pastu apa tindakan. masih byk je aku nengok

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049301 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top