CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masih Misteri, Sampai Sekarang Polis Tak Jumpa Pemilik Potongan Jari Yang Ditemui Dalam Sup Sayur

20-12-2022 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 978| Komen: 6

KUPANG: Polis menyoal siasat tujuh saksi berhubung kes penemuan potongan jari dalam sup sayur yang dibeli seorang pelanggan di kedai makan di daerah Belu, Nusa Tenggara Timur.


Jurucakap polis, Ariasandy berkata, setakat ini, polis masih belum dapat kenal pasti identiti pemilik jari berkenaan dan jumlah saksi yang disoal siasat sudah bertambah dari lima kepada tujuh orang.

Katanya, antara saksi yang disoal siasat termasuk dua pekerja di kedai makan tersebut dan pekerja di kilang pembuatan tauhu.


Foto: Agensi

“Polis juga menyoal siasat semula pelapor iaitu Petrus Watu yang sebelum ini menemukan potongan jari tersebut dalam sup sayur yang dibelinya.

“Kenyataan kesemua saksi itu penting bagi polis mencari siapa pemilik potongan jari tersebut.

“Polis masih belum dapat mengenal pasti sekiranya pemilik potongan jari itu masih hidup atau tidak,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial menunjukkan seorang lelaki menunjukkan penemuan potongan jari manusia di dalam sup sayurnya yang dibeli di sebuah kedai makan.

Lelaki itu kemudiannya membuat laporan polis. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 20-12-2022 05:38 PM
Mcm dah membusuk gitu dagingnya
Quote intan244 20-12-2022 10:47 PM
bayangkan kalau ada kes pembunuhan pastu daging dicincang2x gitu masuk dalam makanan org.
Quote mbhcsf 20-12-2022 10:54 PM
hmm...additional proteins gitu.
Quote sharlenetexas 20-12-2022 10:55 PM
Misteri nusantara.


Quote rosedemon 21-12-2022 07:08 AM
xpela kira halal la tu. anggap je terpelanting dr mana2 haha

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.083699 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top