JOHOR BAHRU – Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan dalam persediaan menghasilkan pornografi kanak-kanak ke atas budak perempuan di dalam van sekolah, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Goh Heng Hong, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, kelindan van sekolah itu dituduh menggunakan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lapan tahun dalam persediaan untuk menghasilkan suatu pornografi kanak-kanak. Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam van sekolah antara Mac sehingga Julai 2019 di dalam daerah ini.
Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Heng Hong boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat tidak kurang daripada lima sebatan. Bagi pertuduhan kedua, warga emas itu didapati telah melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak yang sama dengan menyentuh paha dan dada mangsa itu bagi maksud seksual. Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam van sekolah antara Mei sehingga Jun 2019 di dalam daerah ini. Bagi perbuatan itu, lelaki itu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah SEKSYEN (14a) akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh di hukum di bawah akta yang sama. Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan seperti melapor diri sebulan sekali di balai polis, menyerahkan passport antarabangsa serta tidak mengganggu mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai. Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Januari tahun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.-CARI Sumber: Kosmo |
shernazz replied at 20-12-2022 02:38 PM
Naseb nama heng hong
Kalau hong heng
Jadi la hihang.hoheng hanas
fergie.abel replied at 20-12-2022 02:17 PM
pakcik ni, jalan pun dah bertongkat, masih lagi nak harass and nak buat bideo. selayaknya kena humba ...
ocho replied at 20-12-2022 02:39 PM
ingin ketawa takut dosa ....
Sazreena replied at 20-12-2022 02:46 PM
KKNCCB punya apek. Mati la ko cecepat.
ocho replied at 20-12-2022 02:58 PM
marah punya pasal sampai KKNCCB ...
lightheaded67 replied at 20-12-2022 02:32 PM
Sazreena replied at 20-12-2022 02:46 PM
KKNCCB punya apek. Mati la ko cecepat.
ibugarang replied at 20-12-2022 02:53 PM
Kdg2 heran gagah mreka ni, pernah zaman dulu2 terbca datuk kandung kudung rogol cucu.. mcam hey kau ...
gideoncross replied at 20-12-2022 06:16 PM
Lengan mmg kudung tpi kote x kudung, kote ttap normal.
shernazz replied at 20-12-2022 06:38 AM
Naseb nama heng hong
Kalau hong heng
Jadi la hihang.hoheng hanas
ADVERTISEMENT