Saban tahun, masyarakat Pantai Timur perlu bersiap siaga menghadapi bencana banjir semasa Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh. Selain mengikuti perkembangan pihak berkuasa, mangsa banjir turut berkongsikan perkembangan mereka di laman sosial.
Malah, baru-baru ini rakaman video seorang lelaki menikmati nasi bungkus berlaukkan ayam ketika banjir paras dada menjadi tular di TikTok. Meskipun keadaannya nampak tenang dan bersantai, namun jauh di lubuk hatinya 'resah' memikirkan situasi pasca-banjir terutama kos membaiki barang yang rosak dan operasi pembersihan. Rakaman suasana tersebut dilihat sesuai dengan lagu latar belakang yang digunakan, berjudul Tentang Siang, Malam dan Romantis yang popular di TikTok.
"Tenang, ribut jiwa, tiup awan minda dan bentangkan senja..." demikian antara bait-bait lirik lagu tersebut. Berkongsi pengalaman kepada mStar, pemilik video berkenaan, Ameer Asyraf berkata, dia sudah lali dengan situasi banjir kerana setiap tahun perlu berdepan dengan masalah yang sama. Bagaimanapun katanya, bencana yang berlaku di rumah mentuanya di Tanah Merah, Kelantan pada tahun ini agak teruk kerana paras air naik lebih tinggi berbanding sebelumnya. “Kali ini memang tinggi sampai para yang dibuat untuk meletakkan barang turut terjejas. “Jika diikutkan pengalaman sebelum ini, air banjir tidak mencecah bahagian para... jadi barang-barang elektrik seperti peti ais, mesin basuh dan sebagainya dapat diselamatkan. “Cuma perabot-perabot sahaja yang tidak sempat dipindahkan,” ujarnya yang menzahirkan syukur kerana kedua-dua mentua yang berusia lewat 60 tahun berada dalam keadaan selamat di pusat penempatan sementara. Bercerita lanjut, dia hadir ke rumah tersebut bersama isteri dan abang iparnya bagi membantu memindahkan barang ke tempat selamat. Meskipun kawasan sudah dinaiki air sehingga paras pinggang, namun mereka sekeluarga sanggup meredahnya sejauh dua kilometer. Menurut anggota tentera berusia 27 tahun itu, air mulai naik pada jam 6 pagi, Ahad. “Nak gerak balik selepas angkat barang tak sempat sebab hujan masih turun yang menyebabkan air semakin naik. Keadaan pula gelap kerana aliran elektrik telah diputuskan lebih awal. “Jadi, kami semua bermalam di rumah ini dan makan makanan kering sebagai alas perut. Petang Isnin barulah dapat keluar kerana air mulai surut walaupun cuaca masih hujan,” luahnya lagi. Tambahnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, selalunya banjir yang melanda akan surut dalam tempoh satu atau dua hari namun bergantung pada situasi cuaca semasa. Sumber: mStar |
plywood replied at 20-12-2022 03:17 PM
macam mana nak berak masa banjir ni ek?
Rogue98 replied at 20-12-2022 01:54 PM
Org kelantan memang dah di didik untuk redha atas segala ujian. Senang kerajaan negeri tak payah bua ...
edayildiz replied at 2-12-2024 01:28 PM
aapa tinmok..tinpit je tau
Rogue98 replied at 2-12-2024 01:51 PM
Hahaha...ni 2022 punye aku pun tak ingat apa aku komen....hi eday...lama tak nampak..hilang terus ...
ADVERTISEMENT