CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rusia Hantar Pemuzik Ke Barisan Hadapan Untuk Bakar Semangat Tentera

20-12-2022 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 786| Komen: 2

Rusia akan menghantar kumpulan pemuzik ke barisan hadapan perang di Ukraine untuk menaikkan semangat tentera yang bertempur, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan pembentukan ‘briged kreatif barisan hadapan’ yang terdiri daripada pemuzik dan vokalis.


Reuters

Tentera barisan hadapan Rusia yang berada di Ukraine sebelum ini menerima kunjungan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu.

Kementerian itu memuat naik kenyataan menerusi aplikasi mesej Telegram memaklumkan bahawa Shoigu mengadakan lawatan di sekitar penempatan tentera dan memeriksa kedudukan unit Russia di zon operasi ketenteraan khas.

Beliau dilaporkan turut bercakap dengan anggota tentera di barisan hadapan dan di pos komando.

Lawatan itu dibuat selepas pegawai pertahanan Britain mendakwa kelmarin bahawa semangat yang rendah menjadi ‘kelemahan ketara merentasi sebahagian besar pasukan tentera Rusia’.

Kata Shoigu, penubuhan briged pemuzik adalah berdasarkan bagaimana ‘muzik ketenteraan dan hiburan yang teratur’ digunakan dalam sejarah untuk menyuntik semangat anggota tentera.

Britain, bagaimanapun mempersoalkan sama ada briged pemuzik berupaya mengalihkan perhatian askar Russia yang bimbang tentang pelbagai isu termasuk kadar kematian yang tinggi, kelemahan kepimpinan, masalah gaji, kekurangan peralatan dan peluru di samping mereka kurang jelas tentang objektif perang di Ukraine.

Akhbar Rusia, RBC News melaporkan bahawa briged pemuzik direkrut adalah termasuk calon di bawah usaha pengambilan Presiden Vladimir Putin bersama-sama dengan ‘artis profesional yang secara sukarela memasuki perkhidmatan tentera’.

Unit baharu itu akan diberi tugas untuk mengekalkan ‘keadaan moral, politik dan psikologi yang tinggi dalam kalangan peserta operasi ketenteraan khas’.


Sumber: Kosmo




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cucutokwan89 20-12-2022 01:40 PM
auto nyanyi Perwira by Saloma

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.060713 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top