CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak-Anak B40 Kena Keji Dengan Penonton- 3 Jam Dibiar Melalak-Lalak Dalam Wayang, Ibu Bapa Buat Tak Tahu

20-12-2022 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8246| Komen: 127

Setiap kali musim cuti sekolah, ibu bapa menggunakan peluang dengan membawa anak-anak keluar melakukan akltviti bersama keluarga.

Ini termasuklah menonton filem, namun ramai penonton kurang senang dengan kehadiran kanak-kanak yang boleh mengganggu tumpuan dalam pawagam.


Terbaharu, seorang individu membangkitkan isu tersebut menerusi group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini sehingga hangat menjadi perdebatan netizen.

Gambar Hiasan

"Aku bayar tiket cinema bukan semata-mata nak dengar anak kau menjerit melalak dari mula sampai habis. Aku dan penonton lain toleh kau kat belakang dengan harapan kau faham, bawa anak tu keluar kejap, tenangkan dia.

"Tapi kau buat tak tahu. Kadang budak kecil ni memang begitu agresif. Kau kena bawalah dia keluar. Kita bukan tak faham kat budak tu, tapi tak faham kat mak ayah dia," luah wanita itu.


Menurut pengadu, dia juga pernah melalui fasa sama, namun memilih untuk tidar hadir ke tempat awam sekiranya anak sedang meragam.


Loading FB Post...

"Kalau rasa tak boleh handle anak, jangan bawa. Aku pun pernah ada anak kecil yang buat perangai, solusinya apa? Aku tak pergi tengok wayang.

"Food court pun aku tak pergi. Sebab aku tahu anak aku menangis menjerit berjam-jam, ambil waktu nak tenangkan. Nanti orang pun stres.

"Anak-anak dah besar, sekolah rendah, dah faham arahan, kurang lasak, baru aku berani bawa tempat ramai orang," ujarnya lagi.




Luahan wanita itu ternyata mendapat sokongan pelayar Facebook yang rata-ratanya turut bersetuju dan kurang senang dengan kehadiran kanak-kanak dalam panggung wayang.

"Memang banyak mak bapa bodoh macam ni. Orang nak tengok wayang dia pun kalut nak tengok. Anak meragam bawa la keluar bagi tenang. Alasan budak tak tahu apa-apa, yang mak bapa bodoh tak reti buat apa?

"Ramai parents yang macam ni, entah la. Aku memang tak akan bawa anak kecil kat tempat yang boleh mengganggu ketenteraman orang awam.

"Patutnya tak perlu bawa anak pergi tengok wayang. Saya yang dah dewasa ni pun kadang sakit telinga, telinga jadi bergema lepas tengok wayang, inikan pulak budak-budak.

"Kalau ada anak kecil bawa la pergi wayang yang mesra budak-budak. Bukan wayang biasa," ujar beberapa netizen.

Beberapa individu turut berkongsi pengalaman serupa di pawagam dan mengakui hilang sabar dengan sikap ibu bapa yang tidak cakna dengan situasi membabitkan anak sendiri.

"Ada parents duduk row depan dengan anak-anak. Memekak menjerit lari-lari time tengok cerita Jurassic Park. Aku terus jerit dari row belakang... Mak bapak tolong jaga anak-anak. Kalau mereka menjerit buat bising tolong bawa keluar. Ini bukan family friendly hall.

"Baru kena malam tadi, ambil midnight movie pukul 11.45. Dari mula sampai habis Avatar selama tiga jam lebih tu anak dia tiga orang bantai bercakap, gelak, tendang kerusi. Kita pusing pandang, dia buat tak heran (peduli) ya. Yang mak bapa keras kat kerusi tak tegur anak tu.

"Selalu anak-anak golongan B40 je. Aku ternampak T20 anak nangis sikit terus mereka keluar sebab mereka malu ada maruah. Kalau B40 ni sebab diaorang keluarkan RM10 untuk tiket wayang mereka rasa rugi nak blah macam tu je," tulis beberapa individu.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 20-12-2022 12:38 PM
wahai parents, dah berlambak2 kids-friendly theatre by gsc n tgv…  tak reti2 ke pilih yang tu?  anak2 boleh bersukaria melompat2 main segala slides n toys n ball kat situ weih…
Quote ajuliana 20-12-2022 12:47 PM
ni iollss setuju.. hr tu g tgk movie, ok lah sbb citer kartun kan ramai lah kanak2. iollss pun ada anak2 dh besar, time depa kecik mmg x merasa lah iollss bawak g cinema ke haper.. tp rasanya skrg dh byk kids friendly cinema yg org x kan marah kalau anak2 ko nk melompat dr seat plg blkg ke depan pun. anak2 dok membising, mak pak diam je x de respond paper. ada yg bwk baby kalau tgk tu mcm 3/4 bulan. adoiii x menyabar sgt ke nk tgk. benda ni nnt keluar jugak astro ke netflix ke
Quote Belibis 20-12-2022 12:54 PM
Ko ingat anak t20 tak melalak ke setannnn..
Quote Samerosie 20-12-2022 12:55 PM
So far tak pernah nak bawa anak ke movie theatre walaupun anak dah 8 yrs old.  Some kids baya2 ni attention span dia sekejab je so nak tengok movies yg sejam lebih ke 2 jam let alone 3 jam memang tak boleh lah.   So, anakku tengok je la cerita kat disney channel bila boring boleh pause gi melompat2 je apa or boleh tukat citer lain pula.
Quote sufi^_^ 20-12-2022 12:58 PM
Heran jugak, kdg2 ada rating PG13, tapi camana boleh bawa masuk baby & toddler dalam panggung?

Contohnya Avatar.
Quote sufi^_^ 20-12-2022 12:59 PM
Entitled generation dah besar dah kawen beranak pinak, inilah natijahnya hahahaha. Dah beranak pun dia rasa anak dia entitled nak buat sesuka hati kat tempat awam.
Quote ninja boy 20-12-2022 12:59 PM
Cuti sekolah mall mmg ramai budak sana sini budak
Quote sufi^_^ 20-12-2022 01:00 PM
Dah tu, tayangan midnight, boleh pulak bawak budak2 kecik? Apa yang mak pak cam ni ajar kat anak2? It's ok to stay out late in the name of recreation?
Quote Samerosie 20-12-2022 01:04 PM
sufi^_^ replied at 20-12-2022 01:00 PM
Dah tu, tayangan midnight, boleh pulak bawak budak2 kecik? Apa yang mak pak cam ni ajar kat anak2? I ...

Thread sebelah kan director si mechanto ke apatah tu marah slot malam tak de cerita dia dok promote avatar je katanya.  Gila kut nak cerita budak2 main kul 9 malam ke atas????
Quote Kitty_catz 20-12-2022 01:08 PM
samalah

anak2 bila dah besar, boleh behave baru masuk panggung, tak silap dah masuk tadika 6 yo

even pegi dinner pun selalu kena tinggal je bebudak ni time kekecik, tok laki tak suka sbb katanya org bayar mahal2 time makan bukan nak denga anak kita melalak2
Quote Kak-Rohana 20-12-2022 01:19 PM
Anak2,ko bosan lah tew. Puak2 gini patut layan movie kt rumah dek.
Quote azimodin 20-12-2022 01:25 PM
Aku kalau nak tengok wayang citer pg13 dan seangkatan dengannya aku akan ambik cuti & tengok waktu pagi sebab jarang ada budak2. Tapi aku stress masa aku tengok batman ada baby menangis tapi mak dia aman2 je cam xde benda berlaku. Citer batman tu bising kot, kebodohan apakah mak bapak bawak baby dalam tu. Patutnya pihak wayang pon kena tegas la, xpayah bagi baby masuk dalam wayang.
Quote xy_daen 20-12-2022 01:29 PM
Jenis mak bapak bebal tau mengangkang je
Quote salimrock 20-12-2022 01:32 PM
sufi^_^ replied at 20-12-2022 01:00 PM
Dah tu, tayangan midnight, boleh pulak bawak budak2 kecik? Apa yang mak pak cam ni ajar kat anak2? I ...

terbwak2 perangai masa masih berdating, ringan2 raba2 dlm panggung, smpai dah beranak pn nak keluar malam juga, dah ada anak tu bawa2 la gi tgk early bird pula..


Quote asudau 20-12-2022 01:33 PM
nak senyap sunyi bang, pi tengok wayang yang dekat the garden tu..yang rege tiket RM100 lebih sorang tu...tu confirm2 la acik2 B40 tak mampu...
Quote rogayahtop 20-12-2022 01:36 PM
Dah cerita pun market b40 serata dunia kau nak sentap apa b40 bawak anak masuk nak tgk wayang

kalau dah t20 sgt buat la mini cinema kat rumah tgk sorang2, ada je streaming service
utk latest movies kalau mampu bayar
Quote isseliparjepun 20-12-2022 01:47 PM
Macam tak baik pula nak membezakan anak tu B40 ke, M40 ke, T20 ke. Bab teguran tu betullah, tapi janganlah bawa kasta tu.
Quote MissVixen 20-12-2022 01:54 PM
Dah macam tamil pulak nak berkasta kasta.
Kebodohan bawak anak kecik ni macam semua golongan je buat. Bodoh dan pentingkan diri. Duduk je la rumah, tengok tv. Bila kena tegur, cakap tunggu la kau ada anak baru faham. Pfft.
Quote salimrock 20-12-2022 01:55 PM
isseliparjepun replied at 20-12-2022 01:47 PM
Macam tak baik pula nak membezakan anak tu B40 ke, M40 ke, T20 ke. Bab teguran tu betullah, tapi jan ...

forumes ni fefeling bagus2 je...

rata2 yg fefeling bagus ni golongan LGBT , atau single forever, asik nak kutuk orang jah

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.046835 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top