Aidit Noh menafikan dakwaan rumah tangganya mengalami masalah gara-gara memadam foto bersama isterinya, Hanani di Instagram. Aidit ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia terpaksa menyimpan gambar kemesraan bersama isteri dalam arkib di Instagram bagi mengelakkan dirinya terkena penyakit 'Ain atau gangguan disebabkan oleh pandangan mata yang disertai perasaan iri hati dan dengki.
"Perkara ini pernah terjadi pada kami. Rasanya tak perlu saya ulas secara terperinci sebab semua orang sudah sedia maklum mengenai penyakit Ain ini. "Disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk menyimpan semua gambar saya dan isteri dalam arkib di Instagram. Mungkin ramai yang tak percaya, tapi zaman sekarang ini ia masih berlaku dan kita perlu lebih berhati-hati ketika berkongsi di media sosial.
"Alhamdulillah saya dan isteri bahagia melayari kehidupan rumah tangga. Kami pun baru dikurniakan anak perempuan pada 22 Oktober lalu," katanya.
|
edayildiz replied at 20-12-2022 01:48 PM
wife dia tu comel...sora dia mnja gituh..muka biasa je
iraizz replied at 20-12-2022 06:54 PM
Ape ig wife dia
debab_78 replied at 20-12-2022 01:22 PM
dulu dia ada gosip dgn anak brian khennn
DianaSaksen replied at 20-12-2022 08:02 PM
Pernah jumpa si nopal aka aidit ni
Handsome tapi bini dia muka biasa jer
edayildiz replied at 20-12-2022 07:02 PM
xtau u...tgk aidit live masa bln posa jer dulu..manja jer dia ckp..manja yg x dibuat...muka dia id ...
ADVERTISEMENT