CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ditemui Mati Tergantung Pada Pokok Kelapa Sawit Dalam Kebun Milik Mentua

20-12-2022 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1103| Komen: 2

MIRI – Seorang lelaki dijumpai meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada sepohon pokok kelapa sawit di kebun milik mentuanya di Sungai Balim, Niah di sini.


Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.11 pagi kelmarin.

Katanya, si mati adalah warga tempatan dan berusia 32 tahun.


Gambar Hiasan

“Pemeriksaan di tempat kejadian tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan barang peribadi si mati juga masih berada di dalam beg miliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Alexson berkata, satu kertas siasatan di bawah mati mengejut telah dibuka bagi mengenal pasti punca kematian.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes itu kerana ia akan mengganggu siasatan.

“Individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke balai polis yang berdekatan bagi menyalurkan maklumat,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-12-2022 07:02 AM
kalau ye pon jgn la ko mncemar kebun mentua ko alahai

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.095715 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top