CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'YB Tercantik Di Malaysia Setakat Ini' - YB Rara Angkat Sumpah Di Parlimen Curi Perhatian

20-12-2022 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9773| Komen: 102

Majlis mengangkat sumpah Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat telah berlangsung semalam dengan menyaksikan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Sri Anwar Ibrahim mengetua majlis berkenaan.


Giliran majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Ahli-Ahli Parlimen kerajaan, yang didahului barisan menteri dan timbalan menteri diikuti Ahli Parlimen dari blok pembangkang.


IG Rara

Seramai 222 Ahli Parlimen dipilih bagi mewakili 222 kawasan pilihan raya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 19 November lalu.


Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya ketika sesi mengangkat sumpah tersebut adalah Ahli Parlimen Tambun, Yang Berhormat Young Syefura Othman.



Menerusi sebuah video yang tular di laman TikTok, rata-rata wargamaya memuji kecantikan Young Syefura atau lebih senang disapa YB Rara.

Pada video berkenaan, YB Rara yang manis mengenakan pakaian serba merah jambu dan bertudung bawal sedang membacakan ikrar angkat sumpah.



Menjengah ke ruangan balas, kebayakkan warganet memuji kecantikan beliau selain mendoakannya dapat menjalankan tanggungjawab kepada rakyat dengan sebaik mungkin.



Terdahulu, YB Rara yang mewakili Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Tambun sekali gus mengalahkan dua lagi pencabar lain pada PRU15 yang lalu.


Sumber: Gempak




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 20-12-2022 01:29 PM
Rara nih mp bentong dekkk...BENTONG. Tambun org lain dekkkkk..editor mabuk ketum kaaa..main lepas ja news tadak kualiti gini
Quote Kitty_catz 20-12-2022 01:34 PM
Ahli Parlimen Tambun, Yang Berhormat Young Syefura Othman.


bukan nuart berahim ke tambun ni?

momod.. potong tacang TT,, info salah dan menyesatkan
Quote asudau 20-12-2022 01:34 PM
cantik boss aku lagi
Quote SWORKS27 20-12-2022 01:38 PM
ok la..kalau YB pompuan mcm ni dalam parlimen, stim la sikit nak tgk..ni tua2 menopos buat hapa.....
Quote tripleid 20-12-2022 01:41 PM
Edited by tripleid at 20-12-2022 02:51 PM



IMG_20221215_164505.jpg
Quote Decaffeinated 20-12-2022 01:48 PM
Mana TT ni belajar tulis artikel 'centre aligned'

Ingat ini kad jemputan kawin ka


Quote sangbara2020 20-12-2022 02:33 PM
cantik kak cleaner opis aku lagi
Quote Simunggu 20-12-2022 02:38 PM
mesti simpanan taukeh babi ni
Quote shernazz 20-12-2022 02:45 PM
Tgk mcm wani barista je
Quote bulalof 20-12-2022 02:45 PM
kalau dah sibuk sgt kata cantik harapanyya biarlah servis kpd rakyat pun cantik.
Quote _blackbird 20-12-2022 02:48 PM
aku konpius bukan aritu yob2 tambun semua berbangga org kampung deme jadi pm10.
Quote Orangelily 20-12-2022 02:49 PM
Edited by Orangelily at 20-12-2022 06:51 AM
Thunderclouds replied at 20-12-2022 05:29 AM
Rara nih mp bentong dekkk...BENTONG. Tambun org lain dekkkkk..editor mabuk ketum kaaa..main lepas ja ...

yee betulll..wehh TT tukar balik, die ni kaw parlimen bentong.. bukan PM10 KA TAMBUN? Pening ke we
Quote green~tea 20-12-2022 02:49 PM
Cantik gak dia ni.. tp kan nurul izzah tu natural beauty tau sbrnnya.. takde mekap wlau secalit, kulit putih bersihhhh
Quote makton 20-12-2022 02:54 PM
mata aku nampak dia biasa je. tak lawa
Quote shahirakay 20-12-2022 02:55 PM
TAK CANTIK PUN. BIASYE2 JA PUN. KALAU YB TERCANTIK TU IZZAH YE. TOO BAD, KALAH PULAK..
Quote krustykrab 20-12-2022 02:55 PM
Bukan si rina harun ke yg tercantik?
Quote miznora 20-12-2022 02:57 PM
Tt.. Yb tambun tu pm10 kite
Rengsa aku baca berulang kali
Quote ocho 20-12-2022 03:00 PM
RARA ni katanye .. bekas NURSE jo kot .. cer nengok wiki
Quote plywood 20-12-2022 03:01 PM
kalau tak cantik lagi tak tau lah... kira tergolong dalam golongan cantiklah.... yang ini lebih cantik yang itu lebih cantik tak kira..

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.178372 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top