Erra Fazira, 48, menggesa semua rakyat Malaysia untuk segera meningkatkan tahap kesedaran mengenai alam semula jadi apalagi melihat kepada semakin banyak bencana alam berlaku kini.
Menurut pelakon Gerak Khas The Movie dan Soal Hati ini, bencana yang berlaku nyata membawa kebimbangan buat pelbagai pihak dan seharusnya rakyat perlu bersatu padu untuk memperbaiki kelemahan daripada pelbagai aspek. “Sejak kebelakangan ini,macam-macam kejadian berlaku di sekeliling kita. Bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia. Bencana demi bencana melanda dan benarlah bagai dikata, dunia sudah semakin uzur. Bukan saja manusia bisa tenat, dunia juga menghadapi proses yang sama. “Tiba masanya kita tingkatkan kesedaran, perbetulkan ekosistem yang memudaratkan.Sama ada untuk jangka masa pendek mahupun panjang.
“Kita cari solusi dan segala bentuk pendekatan untuk meringankan beban bumi yang semakin memberontak. Insya-Allah kita masih boleh berubah,”katanya dalam satu hantaran di Instagram hari ini.
|
ADVERTISEMENT