Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai Program All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) baru sahaja memulakan siarannya. Seorang peserta wanita dikenali sebagai Ika telah menjadi sorotan ramai apabila salah seorang jurinya, Catriona Ross telah menegur sikap ‘diva’ peserta berkenaan sewaktu menjawab pertanyaan.
Dihentam teruk gadis berusia 16 tahun itu dilihat enggan memberi sebarang kenyataan berdasarkan maklum balas diterima di media sosial. Menerusi tangkap layar yang dikongsi semula di platform TikTok @syafinazselamat.fans, dia memberitahu hanya orang-orang tertentu sahaja mengenai kejadian sebenar di sebalik apa yang berlaku sewaktu berlangsungnya program berkenaan.
“Biar ahli keluarga dan kawan-kawan yang tahu dah cukup. Saya tak perlu memberi penjelasan sebab orang tak kisah pun mengenai apa yang salah atau benar. “Dan, saya tak nak membazir masa berbuat sedemikian,”ujarnya. Peserta berkenaan mengaku salah dan sebagai manusia biasa selain mengatakan hanya pihak tertentu yang berlaku di belakang pentas. Rata-rata netizen seolah-olah dapat menghidu bahawa kejadian yang berlaku di pentas program All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) hanyalah gimik dan ‘marketing’ semata-mata bagi menarik perhatian ramai. Tidak kurang juga ada yang berpendapat gadis berkenaan boleh membuat pilihan sendiri sekiranya menjadi mangsa ‘keadaan’ tanpa perlu menunding jari kepada mana-mana pihak. -CARI
|
Miss.Rara replied at 20-12-2022 12:22 PM
muke kerek budak ni
tapi familiar btui muka dia.. macam sapa ehh...
Miss.Rara replied at 20-12-2022 12:22 PM
muke kerek budak ni
tapi familiar btui muka dia.. macam sapa ehh...
rosedemon replied at 21-12-2022 07:19 AM
budak gen z mmg camni. bsalam ngn orang tua pon x. bodoh. adik ipar aku gen z, aku blik kg bukan ret ...
annadonna replied at 20-12-2022 05:49 PM
Aku tengok klip yg katanya biadab tu, aku lagi menyampah nengok catriona bercakap pelat siam drpd de ...
ADVERTISEMENT