CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

14 Penghuni Dari 5 Keluarga Sehelai Sepinggang Rumah Hangus

20-12-2022 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 630| Komen: 1

14 penghuni daripada lima buah keluarga sehelai sepinggang selepas rumah dua tingkat dihuni hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan di Kampung Pulo Hulu, Kuching pada jam 4.23 pagi.



Anggota bomba ketika berusaha memadamkan api yang menyebabkan sebuah rumah separuh kekal hangus. - Foto JBPM

Komander Operasi, Herudin Ealhi berkata, rumah jenis separuh kekal itu terbakar 100 peratus yang juga melibatkan sebuah kenderaan.

“Kesemua penghuni daripada lima buah keluarga dan 14 orang mangsa dilaporkan selamat dan tiada mengalami kecederaan.

“Mangsa terdiri daripada 10 dewasa dan empat kanak-kanak.

“Pasukan Bomba membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran 900 kaki dua nozel kaedah ‘relay pumping’, sumber air dari jentera dengan teknik pemadaman secara ‘defensive’,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.

Operasi memadam kebakaran melibatkan 22 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Padungan itu ditamatkan jam 6.39 pagi.

Punca dan nilai kerugian dalam kebakaran terbabit masih dalam siasatan.

Pada 12 Disember lalu, lima buah kediaman di kampung tersebut turut musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi yang menyebabkan 33 orang hilang tempat berteduh.


Sumber: AWANI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.040157 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top