CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ditahan Ugut Nak Parang 2 Anak Kalau Tak Ikut Balik Rumah

20-12-2022 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 754| Komen: 1

Seorang buruh ditahan selepas mengugut dua anaknya dengan parang dalam kejadian di Sungai Kerang, Teluk Intan di sini pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 11.20 pagi itu, lelaki berusia 37 tahun pergi ke rumah keluarga bekas isterinya untuk mengajak dua anaknya pulang ke rumah.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, suspek yang memegang parang memanggil anaknya iaitu lelaki berusia 14 tahun dan perempuan berusia 16 tahun.

"Suspek menjerit nama kedua-dua anaknya itu sambil mengugut untuk menetak mereka jika tidak pulang ke rumah dalam masa sejam.

"Dua beradik itu bagaimanapun tidak berani keluar kerana bimbang ayah mereka akan bertindak lebih agresif.


"Suspek juga bertindak membaling sebatang kayu ke dalam rumah menerusi tingkap yang terbuka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Menurut beliau, suspek kemudiannya beredar dengan menaiki sebuah kereta setelah perbuatannya itu ditegur oleh jiran-jiran.

"Kita telah menerima satu laporan dan siasatan mendapati kedua-dua beradik itu bermalam di rumah itu sejak Jumaat lalu.


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 20-12-2022 11:06 AM
gila punya bapak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.202187 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top