CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Depan Mata Jiran, Ibu Dedah Sebelum Kejadian Anaknya Bercakap Tentang Mati

20-12-2022 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1027| Komen: 1

Tatkala banjir di Kelantan masih belum reda, seluruh rakyat Malaysia bagaikan berduka apabila menerima perkhabaran tentang kematian tiga beradik pada Isnin.

Dalam kejadian di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat, Kelantan pada Isnin, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, Sakinah, 29, dan Nurul Fatiah, 27, maut dipercayai terkena renjatan elektrik.

Memetik laporan Harian Metro, ibu mangsa, Zainun Sulaiman, 62, berkata ketiga-tiga mangsa belum berkahwin dan mempunyai hubungan erat antara satu sama lain.


Foto: Harian Metro

Pada pagi sebelum kejadian berlaku, Nor Syazwani dan Nurul Fatiah yang bekerja sebagai guru tadika agama sempat memasak nasi goreng dan membuat cucur untuk sarapan sebelum melakukan kerja rumah lain.


"Sakinah pula kurang sihat serta berasa sakit dada dan dia ada berkata mungkin dia nak mati disebabkan sakit itu namun saya memarahinya sambil memberitahu ia sakit biasa saja.

"Ketika sedang berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi bising seperti orang menjerit di rumah jiran bersebelahan dan keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Saya ternampak tiga anak perempuan terbaring di dalam air sebelum diberitahu mereka sudah meninggal dunia kerana renjatan elektrik," katanya.

Dalam pada itu, saksi, Che Zahiyah Che Yaakob, 53, yang juga jiran mereka berkata, tiga beradik itu sedang berjalan ke arah tali air sebelum kejadian malang tersebut berlaku.

"Nor Syazwani pegang pada tiang rumah saya dan tiba-tiba dia terus terjatuh sebelum badannya menjadi kejang dan tersentak sebelum Fatiah yang berada di belakang cuba membantu namun turut mengalami keadaan yang sama.

"Sakinah yang berjalan di hadapan mereka berpatah untuk membantu dan turut terjatuh serta kejang seperti dua beradik itu.

"Saya terus menjerit memanggil ahli keluarga lain dan suami segera mengambil kain sebelum cuba menyentuh salah seorang dari mereka dan turut terasa aliran elektrik menyebabkan dia berundur," katanya.

Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 20-12-2022 06:19 PM
Ya Allah, tempatkanlah mereka di kalangan org2x beriman.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.030468 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top