CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihentam Berlagak Sombong, Georgina Patut Berterima Kasih Dengan Cristiano Ronaldo Dapat Hidup Mewah

20-12-2022 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5159| Komen: 50

Seorang model media sosial menyindir teman wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez yang didakwanya bersikap angkuh.

Menurut Paola Saulino, dia tidak suka sikap Georgina yang bukan sahaja bongkak, malah sombong dengan orang sekeliling.



IG Georgina

"Saya lebih suka kerendahan hati ibu pemain Maghribi daripada sikap bongkak dan sombong Georgina.

"Dia hanya perlu berterima kasih kepada Ronaldo kerana tidak menjadi pembantu kedai," ujarnya dipetik dari The News.

Untuk rekod, Georgina pernah bekerja sebagai pembantu butik mewah sebelum dia bertemu dengan Ronaldo.

Menurut model itu lagi, Georgina berlagak bijak apabila tiba-tiba berkebolehan bercakap tentang dunia bola sepak.


"Sekarang dia mahu bercakap tentang bola sepak dengan mengulas pilihan jurulatih Portugal seolah-olah dia tahu tentang taktik dan formasi," selar wanita itu lagi.


IG Georgina

Baru-baru ini, Ronaldo yang mewakili pasukan Portugal tewas kepada Maghribi dengan keputusan tipis 1-0, sekali gus 'membunuh' harapan mereka untuk ke pentas akhir Piala Dunia.

Kemuncak kejohanan berprestij itu menyaksikan Argentina merangkul trofi Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar selepas membenam Perancis menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Lusail, awal pagi Isnin. 


Sumber: mStar






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jiddin 20-12-2022 10:37 AM
La...takkan bg pendapat pun dikira sombong? Ka mmg awek CR ni sombong? Herman pasepa CR takmo kawin dgn dia? Anak sikit punya ramai jugak dah...
Quote eyansss 20-12-2022 10:41 AM
Jiddin replied at 20-12-2022 10:37 AM
La...takkan bg pendapat pun dikira sombong? Ka mmg awek CR ni sombong? Herman pasepa CR takmo kawin  ...

samada gf dia taknak sign prenup atau mintak prenup yang dia tak setuju...
Quote _blackbird 20-12-2022 11:16 AM
ni siapa. failed social climber bitter influenza yg impikan wags status tapi di who are yus kan oleh semua footballers?
Quote LadyCarefree 20-12-2022 11:24 AM
eyansss replied at 20-12-2022 09:41 AM
samada gf dia taknak sign prenup atau mintak prenup yang dia tak setuju...

no la. kalau gitu better kahwin dari tak.

Some people prefer xkahwin for a better relationship.
Quote mesmerize 20-12-2022 11:26 AM
oh yang ramai2 dalam gambar kat atas tu anak mereka berdua ke? ke anak ronaldo dari pelbagai pompuan? macam ramai je exgf ronaldo sebelum ni
Quote eyansss 20-12-2022 12:15 PM
LadyCarefree replied at 20-12-2022 11:24 AM
no la. kalau gitu better kahwin dari tak.

Some people prefer xkahwin for a better relationship.  ...

ada jugak macam tu...  tengok brad pit ngan angelina...  sebelum kawen boleh happy2 survive bertahun2 lamanya...  elok je official married, tak lama lepas tu terus berentam bercerai...
Quote noor2 20-12-2022 12:22 PM
Ala..semua manusia mcm tu....
Quote Shayang 20-12-2022 12:26 PM
mesmerize replied at 20-12-2022 11:26 AM
oh yang ramai2 dalam gambar kat atas tu anak mereka berdua ke? ke anak ronaldo dari pelbagai pompuan ...

Anak perempuan sama kot lain la Nick Cannon keje bunting2 kan pompuan je tau2 12 org dah anak dr perempuan yg berbeza.
Baru je umumkan dpt anak dgn perempuan ni, eh ada lagi perempuan2 lain tgh ngandung gak.
Gilerr ahh yg pompuan2 tu pun satu hal menadah je laa eh
Quote minahsenget 20-12-2022 12:27 PM
laaa masih girlfriend ka ingat wifey
Quote hidet 20-12-2022 12:27 PM
mesmerize replied at 20-12-2022 11:26 AM
oh yang ramai2 dalam gambar kat atas tu anak mereka berdua ke? ke anak ronaldo dari pelbagai pompuan ...

ye.seibu sebapa yang tak kawin..
Quote Sazreena 20-12-2022 01:10 PM
Shayang replied at 20-12-2022 12:26 PM
Anak perempuan sama kot lain la Nick Cannon keje bunting2 kan pompuan je tau2 12 org dah anak dr p ...

Bila Cannon ko dah power..centu ler..dia ni kira black yg ensem dan berduit..tu yg ramai lebor je kangkang. Memasing kesedapan.https://www.dailymail.co.uk/tvsh ... de-Wild-n-host.html

Quote totokreturn. 20-12-2022 01:11 PM
CR ni tak hingin ke nak tambah bini lagi?
Quote Simunggu 20-12-2022 01:16 PM
dia layak sombong....walaupun sebenarnya sombong itu pakaian Tuhan
Quote Decaffeinated 20-12-2022 03:33 PM
Saya lebih suka kerendahan hati ibu pemain Maghribi daripada sikap bongkak dan sombong Georgina.
Ha ha ha... mohtep compare gf kekwat dengan makcik gundu ofkos la tak sama.

btw, apa yang sombongnya sejak bila tak boleh kritik coach? Penulis ni pun siapa, orang penting ka

Quote green~tea 20-12-2022 03:35 PM
Ape ni.. diorang dengki lettewww georgina dpt CR

Quote green~tea 20-12-2022 03:36 PM
minahsenget replied at 20-12-2022 12:27 PM
laaa masih girlfriend ka ingat wifey

Takut hilang harta separuh kot bila cerai
Quote mizzmimi 20-12-2022 03:40 PM
Mak CR tak restu georgina ni jadi menantu. Anak dah segerabak train aeon pun takde CR ajak menikoh..
Quote ifanonline 20-12-2022 03:43 PM
georgina bersikap defensive sebab ramai attack suaminya
Quote greantea 20-12-2022 03:46 PM
yang hentam ni dengki sebab CR x pilih diorg jd gilpren

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.098844 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top