CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tangan Tajul Parah Tertusuk Kaca Almari Baju

19-12-2022 11:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2976| Komen: 20

Tajul Ariff terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor pada Isnin akibat kecederaan yang parah di tangan kanan selepas terkena kaca almari baju yang tiba-tiba pecah.


Isteri Tajul iaitu Nurul Shamieza berkata, ketika kejadian Tajul menarik gelongsor almari yang mempunyai cermin di bahagian luar sebelum ia tiba-tiba pecah dan kacanya tersusuk ke bahagian tangannya.


IG Tajul

Ketika ini beritahu Shamieza, Tajul sedang menerima rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan sementara menunggu keputusan pemeriksaan untuk rawatan lanjut.

"Susah nak cakap bagaimana kejadian berlaku tetapi saya boleh katakan tangannya luka selepas terkena kaca almari baju yang pecah... Kejadian berlaku sekitar pukul 7 petang tadi.


"Pada awalnya saya bawa ke klinik berhampiran namun doktor minta terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang ada terdapat serpihan kaca yang terbenam di bahagian luka.



"Sekarang masih di unit kecemasan dan doktor sudah mencuci bahagian luka dan masih menanti keputusan X-ray," katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut tentang Tajul, Shamieza berkata, suaminya itu pada awalnya berdegil tidak mahu ke hospital kerana menyangka keadaannya tidak teruk.

Bagaimanapun setibanya di rumah dari klinik, Tajul tiba-tiba pengsan dan mengambil keputusan untuk terus ke unit kecemasan.



"Dia ingatkan tiada masalah besar. Dia degil tak mahu ke hospital. Kemudian tiba-tiba sahaja dia pengsan... itu yang saya terus bawanya ke hospital.

"Dalam keadaan kelam kabut saya terpaksa minta bantuan jiran untuk menjaga anak di rumah," jelasnya.



Tambah Shamieza, disebabkan Tajul kehilangan banyak darah menjadi punca dia pengsan selain badan menjadi lemah dan wajahnya bertukar menjadi biru.

Terdahulu Shamieza berkongsi mengenai kejadian itu di Instagram miliknya.



Disebabkan insiden tersebut, Tajul terpaksa membatalkan penggambaran bersama sebuah stesen televisyen swasta yang sepatutnya dijadualkan pada Selasa (esok).


Sumber: mStar






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 20-12-2022 12:03 AM
Oh ingatkan Tajul Arief budak ada Wi-Fi tak tu

[youtube]Db8ZMam_d8I[/youtube]
Quote sleepandream 20-12-2022 05:29 AM
iols punya almari baju pun 3-3 pintu ada cermin...
Quote nurul_akmar 20-12-2022 07:32 AM
baru plan nk buat kabinet cermin tu.. huhuhu
Quote Thunderclouds 20-12-2022 07:43 AM
Lemari lama iols gini. Ank2 suka main bkk katup. Seronok kn sliding door. Tp budak2 ni ganas sgt sampai terkeluar pintu tu dari rel then timpa ank. Dpt telur sebijik atas kepala,pintu lemari jahanam. Innalillah.
Quote KamikuP 20-12-2022 09:43 AM
Ee takutnya tengok luka tu agak besar juga ye
Quote slyfynx 20-12-2022 09:58 AM
Aku maybe traditional kot.
Tp kalau ade ahli keluarga, let alone SO yang cedera, aku xkn seronok2 amik gmbr and post.
Ntah.
Maybe tu aku kot.
Quote virgo19 20-12-2022 10:05 AM
Bahaya jugak ya almari cermin ni, dulu pun ada instafemes yg anak mata kelabu tu kena cermin almari pecah sampai berdarah kepala.
Quote virgo19 20-12-2022 10:07 AM
slyfynx replied at 20-12-2022 09:58 AM
Aku maybe traditional kot.
Tp kalau ade ahli keluarga, let alone SO yang cedera, aku xkn seronok2 am ...

Kalau aku ambik gambar jugak la buat kenangan, tapi takde la nak post, sbb bagi aku benda tu aib, keadaan org yg tengah lemah kan..
Quote Pujangga22 20-12-2022 10:08 AM
bahaya almari cermin ni...
Quote zuriey 20-12-2022 03:52 PM
Entah2 bergaduh lakibini
Ditumbuk nya cermin tu [em:18:]
Quote dewi_rina 20-12-2022 04:15 PM
I punya almari kayu biasa je, beli kat sopi
Quote jlo 20-12-2022 04:33 PM
aduhh besar luka dia tu..
Quote chandrahusin 20-12-2022 04:54 PM
Get well soon Tajul
Suka plk dgn dia
Sejak2 collab dgn Afiq Syazwan & Haqim Rusli
Official video diorg nyanyi juta2 views
Quote Lagubestbest 20-12-2022 05:43 PM
dulu dalam bathroom pun ada cermin, sekarang I pasang sticker cermin je.
Quote SecretLuv 20-12-2022 05:55 PM
slyfynx replied at 20-12-2022 09:58 AM
Aku maybe traditional kot.
Tp kalau ade ahli keluarga, let alone SO yang cedera, aku xkn seronok2 am ...

Kan.. Semalam baru tengok orang post video kat tiktok nak beritahu adik dia dah meninggal. Dia post video arwah adik dia semasa kat icu dalam keadaan tak sedarkan diri tu. Iols dalam hati dah cakap perlu ke buat post tunjuk gambar arwah. Buat tulisan je pun cukup la atau ambil gambar lama yang masa arwah sihat tu. Iols pun pelik tengok orang zaman sekarang. Tengah sakit pun boleh selfie buat video bagai untuk content..
Quote intan244 20-12-2022 06:10 PM
baru plan nak beli cabinet dgn cermin. lebih baik asing la kan. semoga tajul cepat sembuh.
Quote buragazz 26-12-2022 09:51 PM
pernah kene sauk kaca almari ofis dah pecah aku nak tarik yang pecah tu keluar pakai glove tgh mencangkung sekali tersauk lutut koyak seluar kerja kene 4 jahit.. tapi tu tak ngeri walau darah dah meyimbah.. yang ngeri nyer doktor in hopuse jahit tak bius.. aku cam rasa nak tendang jer doktor tu..
Quote Jitu 26-12-2022 10:03 PM
ngerinya
aduh aku tak blh tengok darah byk mula la rasa lembik lutut
Quote Belibis 26-12-2022 11:06 PM
SecretLuv replied at 20-12-2022 05:55 PM
Kan.. Semalam baru tengok orang post video kat tiktok nak beritahu adik dia dah meninggal. Dia pos ...

Apa nak pelik sis..dah masuk dewan bersalin pun sempat post lagi..janji ada content..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.034666 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top