CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemotongan Bekalan Elektrik Besar-besaran Ekoran Banjir Tidak Benar

19-12-2022 11:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1019| Komen: 5

Maklumat tular kononnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memotong bekalan elektrik di seluruh Terengganu kerana bencana banjir yang semakin buruk adalah tidak benar.

Pengurus Besar TNB Terengganu, Mohamad Mohyddin Mohd Noor berkata, pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk menutup atau memotong bekalan elektrik di semua kawasan di negeri itu seperti tular hari ini.


Tangkap layar mengenai maklumat yang tular di media sosial kononnya bekalan elektrik akan dipotong di seluruh Terengganu, hari ini.

“Setakat ini, TNB hanya memotong bekalan elektrik di kawasan yang terjejas teruk sahaja demi menjaga keselamatan penduduk di kawasan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, orang ramai meluahkan rasa bimbang setelah tular satu maklumat menerusi aplikasi WhatsApp kononnya bekalan elektrik di Terengganu akan ditutup besar-besaran ekoran bencana banjir semakin buruk dan lebih 500 pencawang elektrik di negeri itu telah ditenggelami banjir.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, bekalan elektrik di beberapa kawasan yang terlibat banjir di Terengganu telah dipotong secara berperingkat dan sebahagiannya telah mula pulih seperti biasa.

Bagaimanapun, beberapa kawasan di lima daerah di Terengganu masih belum mendapat bekalan elektrik berikutan penutupan 95 pencawang elektrik di Kuala Berang, Besut (70), Kemaman (49), Bandar Al-Muktafi Billah Shah (15) dan Setiu (tujuh).

“Ketika ini, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Sekiranya banjir bertambah buruk serta berisiko membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik terlibat bagi menjamin keselamatan pengguna setempat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh masyarakat supaya lebih berhati-hati dan tidak mendekati pepasangan elektrik yang terendam air banjir pada musim tengkujuh.

“Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Jauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus,” katanya. 


Sumber: UTUSAN






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 20-12-2022 07:34 AM
slalunya mcm tu la.. abg ipar sy, kawan kakak sy, kawan makcik sy yg sebarkan wassap ni.. xpernah diri sendiri or adik beradik kandung ke.. selalu ipar, kawan n jiran jadi mangsa fitnah..
Quote esbok 20-12-2022 08:54 AM
Selain dari pelan cegah banjir dari gomen, agaknya utk inisiatif sendiri, dah boleh buat rumah tinggi mcm zaman dulu. Rumah bot lebih senang. Teringat pulak kisah lelaki buat rumah bot, tau2 terus pakai tak lama tu
Quote RinIna 20-12-2022 09:17 AM
X leh gak potong semua.. nak berhubung susah nanti.. ada apa2 emergency nnt susah
Quote AbukRokok 20-12-2022 10:15 AM
kne siap powerbank... kinetic dinamo charger
makanan pantas
prep bukan sbb nk tggu armageddon je
Quote saviour_09 20-12-2022 10:30 AM
aku kalo banjir je memang tak layan ws berangkai ni

kawan kpd kawan kpd kawan kpd kawan

acik kpd mak kpd nenek kpd jiran

and the list goes on

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.035658 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top