CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis 'Nakal' Bagi Sandwic Tahi Dipecat Lagi

19-12-2022 11:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 790| Komen: 4

Seorang pegawai polis simpanan, Matthew Luckhurst dipecat sekali lagi setelah dia didapati membuang air besar di tandas wanita di sebuah pejabat peronda basikal Jabatan Polis Floresville, Texas baru-baru ini, lapor portal berita Daily Star semalam.


Dia juga dipecat selepas menyebarkan bahan seperti puding coklat di tempat duduk, tetapi Luckhurst mengaku tanggungjawab berikutan perbuatannya gagal mengepam air besar di tandas wanita dan mendakwa ia adalah gurauan dan meminta maaf berikutan kejadian tersebut.


Matthew Luckhurst - Jabatan Polis San Antonio

Pemecatan terbarunya berlaku selepas gelombang kemarahan orang ramai mengenai bagaimana pegawai itu boleh diambil semula oleh pasukan polis lain selepas dipecat kerana memberi seorang gelandangan sandwic tahi pada tahun 2016.


Dalam kejadian pada tahun 2016, Luckhurst menyatakan kepada rakan sekerjanya bahawa dia telah mengambil najis dan meletakkannya ke dalam kepingan roti serta memasukkannya ke dalam bekas stirofoam.

Dia kemudian dipecat oleh Jabatan Polis San Antonio dan kemudian diambil bekerja oleh Jabatan Polis Floresville sebagai pegawai simpanan hanya lima bulan selepas proses pemecatannya di San Antonio tamat.

Datuk Bandar Floresville, Cissy Gonzalez-Dippel berkata, terdapat banyak e-mel daripada penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan Luckhurst yang telah diambil bekerja semula sebagai pegawai polis. 


Sumber: Kosmo




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 19-12-2022 11:29 PM
Sewel ke?


Quote nurul_akmar 20-12-2022 07:37 AM
mental teruk ni
Quote BoongaKertas 20-12-2022 07:55 AM
scarry nya mamat camni dibiarkan dlm bdn beruniform.
Quote nononcrux 20-12-2022 09:46 AM
sakit otak pon boleh jadi polis simpnan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.614586 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top