CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengarah Bomba Dikejarkan Ke Hospital Akibat Keletihan Dan Strok Minor

19-12-2022 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1620| Komen: 13

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Datuk Norazam Khamis, dikejarkan ke Hospital Selayang pada pukul 6 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Gerak Operasi JBPM, Selangor.




“Norazam dimasukkan ke hospital akibat keletihan dan strok minor. Walau bagaimanapun, keadaan Norazam terkawal dan masih sedar diri.

“Operasi mencari mangsa kekal dijalankan. Sama-sama kita doakan agar kesihatan Norazam kembali pulih,” katanya.

Norazam terlibat secara langsung dalam mengetuai pasukan bomba sejak hari pertama operasi mencari dan menyelamatkan (SAR) sejak Jumaat lalu.

Sehingga kini, operasi gagal menemukan sebarang mangsa yang hilang menjadikan mangsa maut kekal 24 orang daripada keseluruhan mangsa terlibat 94 orang. 


Sumber: KOSMO! ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanearisu 19-12-2022 11:22 PM
Menjadi pengarah ketika dugaan begini berlaku. Tekanan darah pun boleh naik.
Semoga sembuh segera.
Quote pu3_rania 19-12-2022 11:29 PM
Semoga Datuk Norazam Khamis segera sembuh sepenuhnya
Aamiin Allahumma Aamiin
Quote Suchi 19-12-2022 11:47 PM
Stress sangat ke? Mesti tak cukup rehat dan tidur nih sana sini dorang sibuk.
9 org tu tak jumpa lagi sementara kat pantai timur tgh banjir teruk plak
Quote akies 19-12-2022 11:52 PM
Moga cepat sembuh..
Yela diorg ni mungkin tk cukup rehat plus susah hati sbb ada lagi mangsa yang tak dijumpai
Quote sharlenetexas 19-12-2022 11:54 PM
Semoga cepat sembuh.


Quote RinIna 20-12-2022 09:19 AM
Semoga cepat sembuh Tuan.. semoga urusan semua petugas dipermudahkan, selamat dan sihat semuanya.. Aamiin..
Quote eira2310 20-12-2022 09:21 AM
semoga dipermudahkan urusan tuan dan petugas penyelamat kite..amin..
Quote supernaturalee 20-12-2022 09:26 AM
mcm ni la bos yg kita nak
sama2 turun padang dgn anak buah

moga tuan azman segera sembuh


Quote Denco 20-12-2022 09:33 AM
moga diberi kesembuhan buat beliau...aaaminnn
Quote bitterchoc 20-12-2022 09:35 AM

Mudah2an cepat sembuh ya. Dan mudah2an dipermudahkan semua urusan pasukan penyelamat, mangsa dan keluarga mangsa.
Quote gadogado 20-12-2022 01:29 PM
9 lgi masih blum jumpa ke.dlm sgt tertimbus kot
Quote Decaffeinated 20-12-2022 02:44 PM
Jadi pengarah Bomba ni kena fit juga ka tak perlu?

Quote ibugarang 20-12-2022 02:55 PM
Stress, tak ckup tidur pun pnca gak kan, org tua kan.. mkan pun kena jaga gak..smga dprmudahkan urusan beliau & anggota lain..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054315 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top