CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Halang Jadi Influencer, Haikal Irfan Lari Dari Rumah Kini Tersenyum Bangga Dapat RM50 Ribu Sebulan Jadi Tiktoker

19-12-2022 10:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3042| Komen: 27

Remaja ini pernah nekad 'melarikan diri' ke ibu negara pada Julai 2020 selepas keluarga menghalangnya menjadi influencers atau pempengaruh media sosial TikTok.

Tindakan remaja berasal dari Ipoh, Perak itu tidak sia-sia apabila dia kini berjaya menjadikan pempengaruh sebagai kerjaya hingga mampu menjana pendapatan mencecah RM50,000 sebulan.

Bagaimanapun, Haikal, 23, atau nama sebenarnya Muhammad Haikal Irfan Othman, pulang ke rumah tiga bulan selepas itu bagi memohon maaf dan meminta restu.




"Selepas diberhentikan kerja sebagai cef pelatih di sebuah hotel di Ipoh, keluarga suruh saya mencari kerja tetap yang lebih terjamin. Tetapi saya tetap berkeras untuk menjadikan TikTok sebagai sumber pendapatan.


"Ahli keluarga memang tak setuju dengan keputusan saya. Disebabkan keras kepala, saya nekad lari dari rumah dan membawa diri ke Kuala Lumpur untuk menuntut ilmu seni kreatif selain peluang yang terbuka luas. Kenapa saya lari dari rumah juga, sebab berasakan diri ini abang sulung tak guna.

"Namun, tiga bulan selepas itu saya pulang kampung untuk memujuk dan meminta maaf kepada keluarga terutamanya kepada mak. Saya cakap tetap 'berkeras' menjadikan ini kerjaya selain berjanji akan buat mak bangga.

"Alhamdulillah, sekarang saya boleh tersenyum lebar dengan mampu menjana pendapatan mencecah sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan. Malah pernah mencatat angka RM50,000," katanya.

Berkongsi mengenai pembabitan awalnya sebagai TikTokers, Haikal berkata, dia mula berjinak-jinak dengan media sosial itu ketika pandemik Covid-19 pada 2020.

"Dulu saya belajar bidang kulinari dan mulakan kerjaya sebagai cef pelatih. Namun, sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) saya diberhentikan kerja dan pulang ke kampung duduk bersama keluarga.

"Pada masa itulah 'cinta' saya terhadap aplikasi TikTok berputik selepas bosan menganggur. Saya 'godek' satu persatu kelebihan yang ada dan pelajari macam mana cara nak mencari duit melalui platform itu.

"Tak disangka-sangka, baru dua bulan main TikTok, video saya tular dan itu menyuntik semangat untuk menghasilkan kandungan video lebih kreatif dan berkualiti," katanya.

Kandungan TikTok Haikal berhubungkait dengan kehidupan orang kampung yang cuba memodenkan hidup.

Kini, Haikal boleh tersenyum bangga dengan deretan pencapaian dikecapinya.

Pada Jun tahun lalu, perjuangannya di medan media sosial itu terbalas apabila berjaya mengumpul sejuta pengikut.

Menurutnya, dia kini mensasarkan matlamat baharu untuk memastikan akaun miliknya diiktiraf oleh pemaju aplikasi itu menerusi pentauliahan lencana biru (verified).

Menariknya, ibunya, Noor Azimah Yusof, 46, juga sudah mula berjinak-jinak di TikTok dengan menghasilkan kandungan sendiri. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 19-12-2022 10:40 PM
Dah gi lhdn?


Quote edayildiz 19-12-2022 10:42 PM
amazingnya..mmg mudah ke nk dpt 10k sebulan..ajarin sbb i penat kerja ofis..
Quote Buritan 19-12-2022 11:18 PM
edayildiz replied at 19-12-2022 10:42 PM
amazingnya..mmg mudah ke nk dpt 10k sebulan..ajarin sbb i penat kerja ofis..

Nipu jgk.. ckp politaik retis ahli perniagaan mcm bidah dan alipnshokri
Quote ultra78 19-12-2022 11:22 PM
Sekarang dapat RM10k sebulan. Cuba kekalkan pendapatan tu hingga umur 50 tahun.

Sebab tu aku tak pelik semakin hari semakin pelik content dalam tik tok sebab nak kejar view.
Quote edayildiz 19-12-2022 11:34 PM
Buritan replied at 19-12-2022 11:18 PM
Nipu jgk.. ckp politaik retis ahli perniagaan mcm bidah dan alipnshokri

langsung xblh dipakai dorg ni
Quote Suchi 19-12-2022 11:52 PM
Apa konten dia?
Agaknya sampai bila dia bleh bertahan ehh?
Quote cmf_premierleag 19-12-2022 11:54 PM
10k sebulan tu bleh sustain smpi bila dik??
pikir la long term
tp biasalah..budak2 muda ni pikir short term je
Quote exclusive_vvip 19-12-2022 11:57 PM
napa rasa cam dia auta je lebih..keluarga halang jd tiktoker? Hellooo, benda tu ko bleh buat senyap2.. record then upload content je kotttt...dia punya ayat mcm dramatik sgt situasi tu..
Quote Kak-Rohana 19-12-2022 11:59 PM
Bagus la dek tapi berapa lama mampu bertahan?
Quote slyfynx 20-12-2022 12:02 AM
Tu pun cerita dari mulut sendiri.
Tak dapat pastikan kebenaran, and x pasti lg tu pendapatan tetap.
Satgi jgn bukak tabung lak.

And....
Biase style org melayu,
Banyak duit means berjaya.
Walaupun menggeletik online.
Quote liyamariska 20-12-2022 01:03 AM
nape ai rasa mamat ni cm propa mengenai dirinya dan apa yg dia wat skrg...

cm ada unsur2 azizan osman cara dia brag about himself...
Quote Buritan 20-12-2022 07:37 AM
edayildiz replied at 19-12-2022 11:34 PM
langsung xblh dipakai dorg ni

Yep.. ujian kita kat dunia ni laa.. senang je purcaye ckp depa..
Quote Buritan 20-12-2022 07:38 AM
edayildiz replied at 19-12-2022 11:34 PM
langsung xblh dipakai dorg ni

Aku pun pernah kena tipuu alip shokri.. hohkhk
Quote pearl.silver 20-12-2022 07:52 AM
Apa video dia yg viral sgt?
Quote BoongaKertas 20-12-2022 08:13 AM
laa, mak dia pun terjebak dahhh dgn tiktok.
Quote zehra2 20-12-2022 08:25 AM
tahniah dik. acik acc tiktok pun tkde. fb pun tkde. ada acc bank je
Quote Cassieopeia 20-12-2022 08:45 AM
harap dia simpan duit time laku ni dan invest.. tiktok ni kot tak lama je..
Quote helicornia 20-12-2022 09:05 AM
cuba tunjuk income statement
Quote helicornia 20-12-2022 09:05 AM
zehra2 replied at 20-12-2022 08:25 AM
tahniah dik. acik acc tiktok pun tkde. fb pun tkde. ada acc bank je

sama le. ada akaun forum cari je

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.121832 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top