Perkongsian pendakwah bebas Ustaz Zulhazwan Ismail berpisah nyawa dengan ibunya, Norjahan Nahoon Ghanny, 58, yang meninggal dunia di Madinah dua minggu lalu membuatkan ramai sebak.
Diberikan kesempatan sebagai mutawwif ibunya sebelum dijemput Ilahi, kongsi Ustaz Zul, sukar untuk dirinya mengungkapkan kata-kata selepas pemergian ibu tersayang.
Video yang kembali tular di media sosial itu turut memaparkan momen terakhir Ustaz Zul bersama arwah ibunya sebelum disemadikan di kota suci itu. Malah, doa serta ucapan takziah turut membanjiri ruangan komen akaun media sosial Ustaz Zul. Sumber: Gempak
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|