Diana Danielle, 31, mendedahkan pernah mengalami simptom ‘postpartum depression’ selepas selamat melahirkan pertama sulung, Muhammad, 9. Isteri kepada pengarah dan aktor popular, Farid Kamil, 41, berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah podcast Studio Sembang bersama pengacara aktres Amelia Henderson, 27.
Menerusi podcast tersebut, Diana berkata kejadian tersebut berlaku ketika dirinya sedang mendukung anaknya itu dan dihantui oleh suara bisikan. “Saya rasa diri saya kehilangan sebab mengalami postpartum depression. Semasa saya mengandung, ramai yang beri pesanan kepada saya untuk bersedia, tapi saya tak tahu dari segi apa saya perlu bersedia.
“Saya pernah dukung anak lelaki saya masa nak dodoikan dia, tiba-tiba dalam kepala saya ada suara berbisik suruh lepaskan saja anak saya. Bayi yang baru lahir seminggu lepas disuruh lepaskan macam tu saja untuk jatuh ke lantai. “Suara tu berbisik kata ‘tak apa lepaskan je, awak penat.. Pergi tidur’. Ya Allah, pengalaman itu sangat ‘gila’.
|
shernazz replied at 19-12-2022 07:53 PM
Erm...pasal post partum depression neh...
Meroyan lah kata orang kampung iols..
Adek iols pernah ken ...
Labubabibu replied at 20-12-2022 12:29 AM
Dd ni speaking sgt sedap didengar.. Ayat dia semua teratur je.. Mmg nampak dia beauty with brain..
asfaz replied at 20-12-2022 12:35 AM
Panjng umur adik u,Allah gerakkan hati mak u masuk bilik nak amik anak.
ADVERTISEMENT