JAKARTA – Restoran yang tular di media sosial kerana konsep layanannya yang lasak dan kurang ajar kepada pelanggan, Karen’s Diner baru sahaja dibuka di Jakarta, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Ramai orang mengunjungi restoran itu berkongsi pengalaman mereka di media sosial. Namun, daripada video yang tersebar, ia mendapat kritikan daripada netizen. Di Jakarta, restoran yang pertama kali dibuka di Australia itu bekerjasama dengan restoran burger tempatan di kawasan Panglima Polim. Netizen menganggap konsep perkhidmatan Karen’s Diner tidak sesuai untuk dilaksanakan di Indonesia. Menurut akaun Twitter @goodghan, konsep Karen’s Diner tidak sesuai dengan etika dan adab yang menjadi pegangan masyarakat Indonesia. Sebabnya, dalam video yang dikongsi pengunjung, pelayan restoran itu dilihat bertengkar, memaki hamun, malah mencaci pelanggan. Pelayan di Karen’s Diner juga pernah bergaduh dengan pesohor Youtube, Indira Kalistha. Mereka bergaduh sehingga menjerit sesama sendiri.
Kejadian itu turut dimuat naik oleh Indira di akaun YouTube dan Instagram miliknya yang turut mendapat pelbagai komen daripada netizen. Menurut netizen, cara pelayan di Karen’s Diner Indonesia kelihatan tidak benar dan direka-reka. Jika di luar negara, pelayan mereka sememangnya mempunyai perangai buruk, manakala di Indonesia pula timbul tanggapan membuli pelanggan. Terdapat juga insiden di mana pelanggan mendapati makanan mereka diletakkan banyak sos dan dicampak. Ia dianggap netizen sangat berbeza dengan konsep asal Karen’s Diner. – CARI Sumber: Kosmo
|
dani-rox replied at 19-12-2022 07:09 PM
Melaka dah lama ada restoran berkonsepkan tsundere mcm nih
I.K.A888990 replied at 19-12-2022 07:25 PM
pulak dahhh.
tapi aku tgk kat tiktok seronok gak karen restaurant ni
haha
becir replied at 19-12-2022 08:09 PM
Kan.. terasa nak pegi purposely nak ada pengalaman sendiri
dani-rox replied at 19-12-2022 07:09 PM
Melaka dah lama ada restoran berkonsepkan tsundere mcm nih
dani-rox replied at 19-12-2022 07:09 PM
Melaka dah lama ada restoran berkonsepkan tsundere mcm nih
ladybugz replied at 19-12-2022 08:45 PM
i am not cool enough to appreciate this kind of theme. karen kat dunia realiti pun dah terlalu ramai ...
dani-rox replied at 19-12-2022 11:09 AM
Melaka dah lama ada restoran berkonsepkan tsundere mcm nih
mesmerize replied at 19-12-2022 12:12 PM
yang kat australia tu best.. ai tengok video pelanggan depa macam seronok je kena buli n maki ngan w ...
ADVERTISEMENT