CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Messi Janggal Dipakaikan Jubah Selepas Menang Piala Dunia

19-12-2022 07:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3969| Komen: 45

DOHA – Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi mengalami detik janggal selepas pasukannya memenangi Piala Dunia semalam apabila dia disarungkan jubah sebelum menjulang trofi, lapor portal MailOnline.


Sepasang jubah atau bisht yang biasanya dipakai untuk majlis-majlis khas atau upacara seperti perkahwinan atau perayaan keagamaan, dipakaikan pada Messi oleh Emir Qatar, Yang Mulia Sheikh Tamim, ketika Presiden FIFA, Gianni Infantino bertepuk tangan di sebelahnya.

Bishts dipakai oleh masyarakat Arab selama beribu-ribu tahun pada majlis rasmi.


Foto: AFP

Ia disamakan dengan pemakaian tali leher hitam di Barat, yang juga datang dengan konotasi kuasa kerana sering dipakai oleh kelompok diraja, pegawai dan paderi.


Kapten Argentina itu kemudian meredakan kejanggalan dengan menjulang trofi Piala Dunia sementara bajunya dikaburkan oleh jubah hitam itu. Rakan sepasukannya hanya memakai jersi masing-masing.

Beberapa pemerhati merasakan bisht itu bertujuan sebagai alat perhubungan awam untuk rejim Qatar.

“Sebuah jubah Arab pada Messi yang menjulang trofi. Simbolik. Satu cara untuk mengecap budaya pada apa yang akan menjadi salah satu imej paling ikonik yang pernah ada,” demikian ciapan seorang netizen di Twitter.

Jarang sekali pemenang Piala Dunia diberikan pakaian tempatan semasa sambutan, tetapi pernah berlaku apabila Pele diberikan Sombrero (topi) ketika bergambar selepas kemenangannya di Mexico. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 19-12-2022 07:02 PM
Sheikh messi al tiger.

Quote sambaldurian 19-12-2022 07:04 PM
Anggap jela dpt jubah konvo PHD, sedangkan AF kursus short course nyanyi2 dpt convo, inikan dah nk bersara katanya.
Quote kakikuDibibirmu 19-12-2022 07:04 PM
Itu kulup kena potong jugak ke?
Quote sharlenetexas 19-12-2022 07:05 PM

[ig]https://www.instagram.com/reel/CmTkpdJOxTT/?igshid=ZmRlMzRkMDU=[/ig]


Quote sharlenetexas 19-12-2022 07:06 PM
kakikuDibibirmu replied at 19-12-2022 07:04 PM
Itu kulup kena potong jugak ke? {:mlw ...

Tak perlu.


Quote Perawankota 19-12-2022 07:08 PM
Tinggi betul sheikh Tamim ni.. anyway tak sangka messi masa kecil2 ada masalah pembesaran.. AT least dah besar ni tak der lah terlalu rendah..
Quote Highflyer19 19-12-2022 07:19 PM
Brp tinggi messi...apasal nampak sooooo small in the pix...takkanlah pak arab tu semua 7 kaki
Quote Skuau 19-12-2022 07:30 PM
tak silap tinggi dia..5 '7 jer.
Quote Suchi 19-12-2022 07:48 PM
Highflyer19 replied at 19-12-2022 07:19 PM
Brp tinggi messi...apasal nampak sooooo small in the pix...takkanlah pak arab tu semua 7 kaki

170cm, tinggi biasa lelaki melayu malah lelaki melayu ada yg 165-168cm
Quote Suchi 19-12-2022 07:51 PM
Igtkan dia kena pakai jubah konvo rupanya outerwear jarang tu
Quote ekselen 19-12-2022 07:52 PM
Edited by ekselen at 19-12-2022 07:55 PM

Alahh..menda kecik je saja nk dibesar2kan... Tu mcm penghormatan utk seseorg yg dihargai...apa mslhnya? Bkn soh sembah sheikh tu pun... Lgpun jubah tu mcm kain nipis utk cover je..terima je lah as a gift... Yg perbesarkan menda ni pun media barat..iols ada terbaca..deyols yg kritik2...
Quote Rahah 19-12-2022 08:16 PM
Edited by Rahah at 19-12-2022 08:37 PM
ekselen replied at 19-12-2022 07:52 PM
Alahh..menda kecik je saja nk dibesar2kan... Tu mcm penghormatan utk seseorg yg dihargai...apa mslhn ...


Media barat tu asalkan boleh kritik... semua isu dia nak kritik pasal Qatar...

iols lagi enjoy tengok & percaya dengan football fans ni pergi sana... diorang siap komen jangan percaya dengan media... ada fans tu beli jubah & agal lagi...
Quote _blackbird 19-12-2022 08:41 PM
aku mula2 igt kan setiap org dpt jubah rupanya messi sorg je
Quote exclusive_vvip 19-12-2022 08:55 PM
muka Messi cam bangga jah sambil tahan senyum.
Quote cm_vungtau 19-12-2022 09:08 PM
Ler dia tak cakap pun janggal. Saje la tu naikkan sentimen agama.
Quote ekselen 19-12-2022 09:14 PM
Rahah replied at 19-12-2022 08:16 PM
Media barat tu asalkan boleh kritik... semua isu dia nak kritik pasal Qatar...

iols lagi enjoy te ...

itulah..padahal ramai komen penganjuran terbaik dan x byk komplen psl host...dan terus terang ni satu2nya wc yg aku tgk boleh kata semua games yg ada live...yg dedulu pilih2 team jgk... Yg wc qatar ni tgk hampir semua boleh kata best... Byk benda positif dr negatif..tp media barat tu biasa lah acah2 terpaling xboleh lebih bagus dr diorg... Ada je yg nk berbunyik...mungkin xsangka byk pujian kot..dan yg penting lagu tema pun best...
Quote sharlenetexas 19-12-2022 09:14 PM
Kalau perempuan, kat dalam tu bikini. Luar tu jubah. Tu pun nak kecoh? Darat peghak so much duk bawah tempurung kelapa tak open minded.


Quote eizarz 19-12-2022 09:39 PM
pakai jubah pun nk heboh…pigi dah
Quote alieyrina 19-12-2022 09:41 PM
Cantik pa jubah tu. Samala kalau kot wc kat india mesti berlapis kalung bunga messi kena pakai

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041401 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top