CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Minta Maaf Pada Achey Proses IVF Tak Berjaya

19-12-2022 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3072| Komen: 23

Pelawak, penyanyi dan pelakon Achey Bocey reda keputusan negatif proses persenyawaan in-vitro (IVF) dilakukan isterinya, Nor Hasanah Yahaya.

Menerusi hantaran di Instagram, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkata, dia dan isteri bagaimanapun tidak akan berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan zuriat.



https://www.instagram.com/p/CmRFMNbpZOq

"Walaupun sudah membuang tiub fallopiannya akibat tersumbat dan bengkak pada Ogos lalu, doktor beritahu kami mengenai fakta dari perspektif sains dan juga kuasa Allah SWT. 

"Menurutnya, kalau mengikut fahaman doktor, sekiranya menerusi persenyawaan biasa, memang tak boleh mengandung. Tapi, kita tak tahu kuasa Allah. 

"Doktor kemudiannya mencadangkan untuk kami cuba melakukan proses IVF," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Achey, dia dan isteri berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur selepas nekad untuk meneruskan dengan proses IVF itu.

"Saya tak berapa ingat dengan jelas, tapi lebih kurang bulan Oktober, proses IVF pun bermula. Memang kami berulang alik lebih kurang 30 hingga 40 kali dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur sebab mahukan yang terbaik. 

"Selepas proses IVF berlangsung dan semua pemeriksaan dijalankan, maka, semalam, tibalah masanya untuk kami menerima keputusan IVF itu. Saya dengan isteri memang dah bersiap sedia dan akan redha saja dengan apa juga keputusan," katanya.



Menurutnya, walaupun isterinya beremosi ketika keputusan diumumkan, dia tahu, Hasanah adalah wanita yang sangat cekal.

"Sebelum berikan keputusan, doktor pun sudah maklumkan bahawa dia menjalankan tiga ujian iaitu ujian imbasan, air kencing dan juga darah. Menurutnya, ada pesakit yang keputusannya positif (berjaya) dan ada yang sebaliknya.

"Apabila diberikan keputusan, saya nampak ada satu garis, ertinya negatif. Saya masih okay lagi pada ketika itu, cuma isteri saya mungkin tak dapat mengawal emosinya. Tapi, saya tahu, dia adalah wanita yang kuat," katanya.

Ditanya sama ada Achey dan Hasanah akan mengulangi proses IVF di masa akan datang, Achey berkongsi luahan rasa isterinya yang ingin terus berusaha.

"Untuk ulangi proses IVF itu memang saya mahu, cuma, saya kasihankan isteri saya. Benda ini sakit. Bila dia beritahu doktor bahawa dia akan cuba lagi, saya tahu, dia memang nekad untuk mencuba lagi.

"Dia pun tak boleh melakukan proses IVF secara mengejut kerana perlukan sedikit masa untuk fokus.

"Ramai rakan-rakan yang pernah melalui proses IVF menghubungi isteri dan berkongsi pengalaman mereka. Ada yang melakukan hingga tiga ke empat kali. 


IG Achey

"Kami dah lakukan yang terbaik. Dari sudut pandang saya, kami dah jalankan 90 peratus seperti apa yang diperlukan. Isteri saya juga faham dan berkali-kali berterima kasih kepada saya dan memohon maaf," katanya.

Selain Achey dan Hasanah, anak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah Nasir juga turut menunjukkan kesedihannya.

"Tiada pun nampak seperti tak ada 'mood' dan kecewa. Walaupun baru berusia empat tahun, saya tahu, dia mula faham situasi yang berlaku dan nampak kesedihannya apabila dimaklumkan bahawa tak ada bayi dalam perut ibu. 

"Dia sampai tak nak makan sebab dalam mindanya, dia dah tahu akan dapat adik. Apa pun, saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kami agar dikurniakan kesihatan dan rezeki cahaya mata. Amin," katanya.

Di Instagram, Hasanah berkongsi luahan rasa kepada Tiara dan Achey dan tidak akan pernah berputus asa untuk berusaha.





Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 19-12-2022 10:27 PM
Doa kaka buat kamu berdua, mudah2an satu hari nanti Allah makbulkan doa utk miliki zuriat dan beroleh anak yg soleh. Aminn..
Quote Rogue98 19-12-2022 10:58 PM
Insyallah ada tu. Teruskan berdoa dan jaga kesihatan. Mungkin belum ready lagi.
Ambik lagi sorang anak angkat pun ok.
Quote AcikBuncit 20-12-2022 12:26 AM
Serius ke kalau dh xda fallopian tube tu masih boleh pregnant? Kira dorg mmg berjudi nasib ke cmana.. Acik xbrape faham. Setau acik kne ada fallopian tube tu.. Mmgla kuasa Allah tp nk pregnant ikut mana. Ke dia cucuk kat rahim terus? Apepun moga ada rezeki zuriat sendiri. Buat isteri, jgnla merasa gagal jd isteri hanya sbb xmampu bg zuriat. Itu semua rzeki yg kita xtahu.. Apa yg Allah bg atau xbg pd kita, itu la yg sebaik2nya utk kita.
Quote Zeatyisaac 20-12-2022 12:41 AM
AcikBuncit replied at 20-12-2022 12:26 AM
Serius ke kalau dh xda fallopian tube tu masih boleh pregnant? Kira dorg mmg berjudi nasib ke cmana. ...

Entahlah Achik, I pun tak faham jugak. Tapi kena percaya dengan kuasa Allah dan kepakaran doktor, insya'allah semuanya mungkin
Quote LadyCarefree 20-12-2022 12:49 AM
AcikBuncit replied at 19-12-2022 11:26 PM
Serius ke kalau dh xda fallopian tube tu masih boleh pregnant? Kira dorg mmg berjudi nasib ke cmana. ...

Ya. Takyah fallopian tube. Doktor ambik telur direct dari ovari. Persenyawaan kat lab dengan sperm. Dah menjadi baru letak kat uterus.
Quote beautifulorchid 20-12-2022 12:01 PM
Perbuatan perempuan mintak maaf kat lelaki sebab tak mengandung adalah satu perbuatan yag BODOH! Harus dihentikan.. bukan salah perempuan kalau tak mengandung,
semua tu ditentukan Allah.. kita kene terima Qadaq dan Qadar Allah.. dia yang menentukan..
Quote cicicumel 20-12-2022 12:34 PM
Kadar kejayaan IVF bkn la tinggi sgt pn actually. Utk 1st time buat terus lekat lagila rendah. Mcm ctdk tu brp kali buat baru lekat. Tp once dh lekat, utk 2nd ivf insyaAllah succesful rate lebih tggi.
Quote sangbara2020 20-12-2022 12:37 PM
asalkan ada benih..tiub je xde..tp cinonet tempat keluarkan telur tu ada lagi...ambik benih drp situ...cucuk jarum n ambik benih kat situ...ada dua belah kan tiub nih...
Quote pembacagosip 20-12-2022 12:39 PM
semoga ada rezeki nanti buat mereka. InsyaALLAH

kawan kita pun buat IVF
15 tahun tunggu
dia buat ngn DR Toha
popular ye doktor tu di JB
Quote fifie_olin 20-12-2022 12:42 PM
jenuh berpuluh kali ulang alik
demi cahaya mata
semoga dipermudahkan
Quote Shamilia79 20-12-2022 12:48 PM
Kawan aku buat 8 kali baru berjaya.. Dia cakap yg kali ke 8 tu percubaan terakhir sebab umur dah 40an...tup tup rezeki lekat! Alhamdulillah
Quote primarikey 20-12-2022 01:00 PM
Kawan aku buat 3x baru berjaya
Lps tu berderet ank dia 4 org
Setahun sorg..ank ke4 eksiden
Snnrnya dia nk 3 org
Anak rapat2...last2 dia amik CTG 5 taun utk besarkn ank2...sbb klu hntr taska mahal katanya...4 org kn
Quote shernazz 20-12-2022 03:12 PM
Iols.doakan moga berjaya
Boss iols.dua kali buat...kali kedua dpt kembar perempuan..
7 bulan kandungan dah kena dok kat spital.selama 2 bulan..berjaga jaga o....
Quote pocongkiutss 20-12-2022 03:26 PM
AcikBuncit replied at 20-12-2022 12:26 AM
Serius ke kalau dh xda fallopian tube tu masih boleh pregnant? Kira dorg mmg berjudi nasib ke cmana. ...

Sbb tu la dia buat IVF..IVF tu ovum dibawa keluar dipertemukan dgn sperm kat lab..bila dh smpai stage embrio dia masukkan dlm uterus. Yg dh takde tiub fallopio ni hrpn nk pregnant tru IVF jelah
Quote pocongkiutss 20-12-2022 03:28 PM
cicicumel replied at 20-12-2022 12:34 PM
Kadar kejayaan IVF bkn la tinggi sgt pn actually. Utk 1st time buat terus lekat lagila rendah. Mcm c ...

Sapa yg tgh berusaha tu cuba try Metro IVF Klang..under Dr Tee..ramai yg 1st time IVF lekat ..success rate situ tinggi
Quote zuriey 20-12-2022 03:46 PM
Maap la ckp
Kadang rengsa dgn kwn2 yg blm ada ank ni
Asyik kita je nak phm dia
Mcm kita pula berdosa sbb beranak
Dulu rajin juga aku dok doa utk kwn2 yg blm beranak
Skrng mls ko doa la sendiri
Quote lightheaded67 20-12-2022 04:43 PM
entohler.kwn aiol gigih la kena sindir dgn family mertua sbb tak peknen2, cek kt duktur rupanya laki sheol yg low count sperm ke ape lupa dah. mcm dorg ni sbb bini sheol yg isu peranakan, jd sheol rasa sheol bwk masalah kot noh?

usaha tu usaha la mana2 option ade, tp jgn lah disebabkan berat2 sgt pikir berharap kan perkara yg taktau lagi (rezeki masa depan), kite hambarkan perkara yg mmg dh ade  (rumahtangga hubungan suami isteri / anak yg dah ade, ni utk org yg gigih nk tmbah anak tp anak yg sedia ade korg bolayan, nnti dpt anak baru, anak yg korg bolayan kan tu pulak kena jaga anak baru korg itu).. gitu
Quote laksmanabentan 20-12-2022 04:48 PM
beautifulorchid replied at 20-12-2022 12:01 PM
Perbuatan perempuan mintak maaf kat lelaki sebab tak mengandung adalah satu perbuatan yag BODOH! Har ...

nahhhh.... ini aku baru nak komennn.....
nasib baik ada yang wakil...
Quote becir 20-12-2022 04:51 PM
takde rezeki mengandung and beranak...tapi masih ada rezeki anak, dapat jugak bela anak angkat sorang..mungkin boleh ambik lagi sorang nak kasi meriah rumah tu..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.047010 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top