Jenama fesyen terkenal tempatan, Rizman Ruzaini bakal melebarkan sayap mereka ke pasaran Arab Saudi mulai tahun hadapan. Seorang perekanya, Rizman Nordin berkata, peluang untuk ke sana akan digunakan sebaik mungkin untuk terus meletakkan jenama anak tempatan ke pasaran antarabangsa.
“Kami tak sangka jenama Rizman Ruzaini dapat perhatian daripada orang Arab Saudi… mulanya pelanggan itu panggil datang ke hotel tempat dia menginap dan di situ juga kami ambil ukuran dan selepas baju disiapkan, mereka berpuas hati dan suka dengan rekaan kami. “Dan daripada networking ini, ahli perniagaan tersebut mencadangkan kepada kami untuk lebarkan sayap ke pasaran di Arab Saudi pula. InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan, jenama Rizman Ruzaini akan ke sana pada tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Sementara itu, menurut Wan Ruzaini Wan Jamil pula, dalam usaha untuk memberi semula kepada pengguna setia jenama itu, Rizman Ruzaini melancarkan program perniagaan tudung dan beg tangan di bawah label RR Empire. Inisiatif itu dibuat sebagai salah satu usaha untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. “Orang ramai yang menyertai akan mendapat komisen daripada hasil jualan dan tidak perlu mengeluarkan modal kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak pengurusan. “Mereka hanya perlu guna tudung dan beg tangan jenama RR Empire serta promosi dan bantu pembeli untuk membuat pembelian melalui media sosial atau platform perniagaan lain. “Agen yang kami panggil Ikon RR Empire ini turut akan mendapat banyak keistimewaan seperti kelas dandanan, solekan dan tutorial cara berhijab sebagai membantu mereka memasarkan produk,” katanya. RR Empire turut memperkenalkan pelakon dan pengacara, Mira Filzah selaku muse produk tudung terbaharu mereka, Riverra Scarves yang didatangkan dengan 20 pilihan warna. Sumber: Media Hiburan |
Perawankota replied at 19-12-2022 07:13 PM
Ok…. Good lucu
AcikBuncit replied at 20-12-2022 12:29 AM
Si basic dh hbs contract dgn ariani ke. Lawa2 tdg ariani tu acik tgk. Tp acik ni tgk jamu mata jela. ...
AcikBuncit replied at 20-12-2022 12:29 AM
Si basic dh hbs contract dgn ariani ke. Lawa2 tdg ariani tu acik tgk. Tp acik ni tgk jamu mata jela. ...
lee_sakura replied at 20-12-2022 08:48 AM
siapa si basic tu
lee_sakura replied at 20-12-2022 08:48 AM
siapa si basic tu
iluma replied at 20-12-2022 08:51 AM
mira piljah
noorhairiahma replied at 20-12-2022 08:52 AM
mira menantu politician perempuan
ADVERTISEMENT