CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tauke Bengang Dengan Pelanggan Tak Bertamadun, Datang Kedai Nak Tengok Bola Tapi Habis Rosakkan Kerusi Dan Dinding

19-12-2022 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1393| Komen: 13

PETALING JAYA – Seorang pengusaha restoran di Kota Kinabalu kesal dengan sikap tidak bertamadun peminat bola sepak yang bertindak merosakkan beberapa kelengkapan di restoran miliknya.


Shihan Salim menerusi Facebook, turut berkongsi beberapa rakaman menunjukkan beberapa kerusi dan dinding kedai yang rosak teruk selepas dibuka kepada pengunjung bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2022, malam tadi.

“Kamu datang tengok bola atau merosakkan harta benda. Kita sediakan kemudahan untuk meriahkan semangat bola, tetapi kamu merosakkan harta benda kedai.

“Nanti kita tunjuk muka-muka mereka yang bukan datang memberikan sokongan, tetapi sengaja mencemarkan semangat bola itu sendiri. Kalau beginilah, fikir kita mahu tayangkan bola ke tak akan datang,” ujarnya.


Foto: Facebook


Perkongsian Shihan itu turut menimbulkan kecaman dalam kalangan netizen yang berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung itu sekali gus merosakkan imej peminat bola sepak yang lain.

“Ada televisyen litar tertutup (CCTV) restoran itu? Lapor polis kalau orang itu tidak mahu tanggungjawab. Suruh dia bayar yang dia kasi pecah itu. Bikin malu orang Sabah ja. Kasi ‘viral’ muka-muka monyet,” kata Mon Kirana, geram.

“Lebih-lebih sudah. Ambil alasan bola untuk lepaskan tabiat-tabiat dan perangai syaitan,” komen Chester Kong.

“Tiada prihatin langsung. Lepas tengok bola main terajang sana sini. Harta restoran jadi mangsa. Dibagi kesenangan tengok bola ini yang jadi. Semoga dapat cari mereka untuk ganti harta restoran yang mencari rezeki dan sesuap nasi,” ujar Aziz Rozalie. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulanbulat 19-12-2022 06:33 PM
Petaling jaya tapi di kota kinabalu [em:24:]
Quote sambaldurian 19-12-2022 07:02 PM
Waduh org argentina ke org perancis tu dok lepak tgk kt restoran. Padahal ckp 'ya bah', x ckp 'mersi' , hola, como esta, bonjour.
Quote Perawankota 19-12-2022 07:14 PM
The reason kenapa aku lagi suka layan bola kt umah.. kadang2 fans ni emosi terlebih, lagi2 klu otak tgh penuh
Quote I.K.A888990 19-12-2022 07:31 PM
kdg tak phm apa yg emosi sgt tgk smpai bergaduh
chill2 sudah bang oiiiiiiiii
Quote Suchi 19-12-2022 07:45 PM
Kalah betting lerr tuu
Quote kakikuDibibirmu 19-12-2022 07:47 PM
Ni dekat Sabah ke Selangor?
Quote cmf_premierleag 19-12-2022 07:48 PM
Bongok...smpi jahanam harta org lain
Quote Itzy 19-12-2022 11:46 PM
sebab tu la x payah letak tv kat restoran, baru la x rosak harta benda. makhluk2 ni bukan tahu bersyukur, elok kasi simbah air panas kat muka time mengamuk tu biar dia tahu langit tinggi ke tak
Quote Kak-Rohana 19-12-2022 11:49 PM
Kalah judi.. pasti. Kalu tak involve duit tak de psal ko nk gamok gitu dek
Quote rosedemon 20-12-2022 09:37 AM
ala beli jela baru untung2 ada org nk dtg kedai ko
Quote eyansss 20-12-2022 09:41 AM
dari zaman dahulukala lagi dah perangai ni wujud…  patutnya korang jangan bukak for bola…  sebab memang tau outcome dia camne…  aku memang serik tengok bola kat mamak ke mana ke lepas kejadian fan england merempan campak2 meja bangku gelas semua lepas england kalah…  mujur masa tu aku tak pakai jersi england, nanti orang ingat aku sama geng dengan beruk2 tu…
Quote eyansss 20-12-2022 09:45 AM
Kak-Rohana replied at 19-12-2022 11:49 PM
Kalah judi.. pasti. Kalu tak involve duit tak de psal ko nk gamok gitu dek

tak jugak...  memang ada je beruk sibuk nak jadi fan bola ni...
Quote KamikuP 20-12-2022 12:54 PM
bARU MEOLLS TAU pj TU KAT Kota Kinabalu sana ye bah?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053996 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top