CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rundingan Bertukar Tragedi Berdarah Di Balai Polis

19-12-2022 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1000| Komen: 2

Mulanya mereka hanya mahu berunding selepas masing-masing tidak berpuas hati berikutan insiden jalan raya di Jalan Phetkasem, dekat sini yang membawa kepada perang mulut dan pergaduhan.


Bagaimanapun tiada siapa menyangka, rundingan itu berakhir dengan tragedi berdarah dan kejadian berlaku di Balai Polis Lak Song di daerah Bang Kae.

Bangkok Post melaporkan selepas insiden di jalan raya itu, Peerasin Kulchutisin, 27, dan mangsa Komsan Intharit, 32, hadir ke balai polis bersama peguam dan keluarga masing-masing.


Gambar hiasan

Rundingan semakin 'panas' selepas Peerasin tidak berpuas hati Komsan menolak permintaannya bagi membayar tuntutan ganti rugi sembilan juta (kira-kira RM1.1 juta).


Peerasin mendakwa Komsan juga seolah-olah tidak ikhlas ketika mengemukakan permohonan maaf dan kedua-dua keadaan itu mendorongnya menembak mati lelaki itu.

Menurut keterangan saksi dari tempat kejadian, Peerasin memberi kata-kata kepada pegawai penyiasat dan berkata "Saya minta maaf" sebelum menarik picu pistol 9mm dan melepaskan lapan das tembakan ke arah Komsan.

Menjawab soalan bagaimana orang awam berjaya membawa pistol ke dalam stesen, Timbalan Komander Polis Metropolitan Bahagian 9, Theerachai Dedkad berkata mereka tidak menunjukkan tanda agresif keganasan jadi tiada sebab untuk melakukan pemeriksaan ketat malah hadir bersama keluarga serta peguam.

Peguam bela mangsa iaitu Anusorn Wichatorn, 33 turut cedera dalam kejadian itu.

Berikutan itu, polis membawa Peerasin untuk dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Thon Buri atas pertuduhan membunuh, cubaan membunuh dan membawa senjata api di khalayak ramai tanpa kebenaran.

Menurut polis, mahkamah menolak permohonan ikat jamin suspek kerana tahap kelakuan jenayahnya yang serius dan kemungkinan boleh melarikan diri.

Theerachai berkata, suspek mengaku dan mendakwa mengalami tekanan kerana Komsan menyerangnya menggunakan buku lima.

Menurut laporan sebelum ini, kejadian berlaku ketika Peerasin memandu trak pikap membawa muatan cili.

Komsan pula memandu Honda ditemani rakan lelaki yang kemudian membaling botol ke dalam kenderaan dipandu lelaki itu.

Peerasin menurunkan tingkapnya untuk bertanya mengapa mereka berbuat demikian dan kemudian mengangkat telefon bimbitnya bagi merakam video.

Sebaliknya balingan botol kedua mengenai telefon bimbit Peerasin.

Keadaan itu menyebabkan Peerasin cuba melarikan diri tetapi Komsan dan rakannya keluar dari kereta mereka dan menyerangnya menggunakan buku lima kemudian menumbuk mukanya beberapa kali.

Akibatnya, Peerasin patah hidung dan tiga gigi


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 19-12-2022 07:22 PM
ego tinggi mcm.ni padan muka la
sekali 8 das kau tembak. tak memasal masuk penjara. bodoh
Quote NekNgah 20-12-2022 09:29 AM
Apabila pemilikan senjata api menjadi sangat mudah dan tanpa kawalan.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.043649 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top