CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sempat Rakam Lapan Lagu Ketuhanan, Atan Flybaits Meninggal Dunia

19-12-2022 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1431| Komen: 3

Vokalis kumpulan Flybaits iaitu Atan dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun di Hospital Singapura akibat sakit tua pada pukul 1.50 pagi Isnin.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh anaknya iaitu Rezza Khan, 41, yang memaklumkan Allahyarham sudah tiga minggu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hopsital berkenaan disebabkan tahap kesihatannya merosot.


Foto: mStar Online

"Memang sudah tiga minggu arwah berada di ICU. Keadaannya tidak stabil selain jantung lemah dan paras oksigen juga tidak menentu.

"Kami sekeluarga sangat terkejut kerana sehari sebelum meninggal keadaan arwah kembali stabil. Tiba-tiba sahaja paras oksigen jatuh secara drastik dan jantung juga semakin lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir," katanya kepada mStar.


Rezza memaklumkan jenazah bapanya selamat dikebumikan di Pusara Abadi, Singapura sekitar pukul 4 petang.

Bercakap tentang perjalanan karier arwah, Rezza menyifatkan bapanya sebagai seorang pencinta muzik yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan orang ramai.

Malah lebih 10 tahun Atan terlibat mengajar muzik secara percuma kepada komuniti setempat dan kanak-kanak.

"Dia seorang yang sangat sukakan muzik. Memang sudah tidak banyak terlibat dengan persembahan berskala besar, namun dia aktif mengajar muzik secara percuma kepada komuniti.

"Dia juga sempat merakamkan lapan buah lagu genre ketuhanan bersama beberapa orang artis dari Singapura dan Indonesia tahun lalu," ujarnya.

Atan atau nama sebenarnya Ahmad Osman merupakan salah seorang vokalis Flybaits selain Fredo dan kumpulan ini popular dengan lagu-lagu seperti Kasih Berubah dan Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.

Selain bertindak sebagai vokalis, Atan juga merupakan pemain trumpet dan keyboard bagi kumpulan tersebut. -CARI

Sumber:mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 19-12-2022 08:48 PM
Salam takziah buat keluarga arwah
Quote Belibis 19-12-2022 11:12 PM
Salam takziah..
Ingatkan jay jay yang nyanyi lagu ' perpisahan yang ko pinta' tu..
Quote rosedemon 20-12-2022 09:49 AM
takziah ya

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.105822 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top