CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majlis Kahwin Tukar Jadi Doa Selamat- Bakal Isteri Lari, Duda Kacak Melopong Lagi

19-12-2022 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4562| Komen: 45

"Duda kali kedua."

Kapsyen ringkas itu berserta ungkapan 'pelamin anganku musnah' yang dicoretkan bersama video berdurasi 28 saat membuatkan seorang lelaki dari Kuching, Sarawak ini trending di media sosial sejak dua hari lalu.


Mana tidaknya, warganet berasa hairan kerana wajah lelaki berkenaan kacak persis pelakon popular Asyraf Muslim, tetapi telah bergelar duda pada usia muda.



Lebih teruk lagi, pasangan yang bakal dinikahi pada 18 Disember lalu juga 'melarikan diri'.

"Ya Allah handsome macam ni pun kena tinggal. Semoga dipermudahkan segala urusan, Amin.

"Handsome macam ni pun kena tinggal... mesti ada sebab.


"Handsome macam ni pun ada juga orang tak nak. Mungkin ada kesalahan diri sendiri... kadang, sebab tu semua berlaku," komen beberapa netizen.



Paling menyedihkan apabila segala keperluan untuk majlis pernikahan dan resepsi telah tersergam indah, namun hasrat untuk membina rumah tangga untuk kali kedua tidak kesampaian.

Bercerita kepada mStar, pemuda berusia 28 tahun yang ingin dikenali sebagai Nidzam itu berkata, susulan kejadian itu dia terpaksa mengubah majlis perkahwinan kepada kenduri doa selamat.

Bagaimanapun katanya, dia menerima suratan takdir jodohnya yang tidak kesampaian ini dengan hati terbuka.

Dia mendakwa, segalanya berpunca daripada sikap pasangan yang tidak dapat menerima anak tunggal hasil perkongsian hidupnya dalam perkahwinan pertama tiga tahun lalu.

"Kami tidak bernikah kerana dia sudah memaklumkan lebih awal untuk menarik diri... cuma katering yang ditempah tidak dapat dibatalkan.

"Kos majlis lebih kurang dalam RM20,000 kerana majlis kampung, jadi hari bahagia bertukar majlis doa selamat," ujar pemuda ini.

Pernah berdepan kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini, Nidzam mengakui dia masih tidak serik untuk mencari cinta sejati.

Malah pintu hatinya sentiasa terbuka untuk wanita yang sedia menerima dirinya dan anak perempuan tunggal.



Kisah dirinya yang dikongsikan menerusi video di laman TikTok menjadi tular dan ditonton lebih 1 juta pelayar selepas dimuatnaik dalam tempoh beberapa jam.

Bagaimanapun, dia telah memadam rakaman video berkenaan kerana terdapat gambar bekas tunangnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memintanya bersabar selain meninggalkan nasihat supaya reda dengan dugaan yang diberikan.

"Semua tu terjadi sebab Allah dah tentukan... sabar, tawakal dengan jalan yang Allah tentukkan. InsyaAllah one day Allah will find the best women for you.

"Allahuakhbar... sebenarnya ada kebahagiaan lain yang menanti awak insyaAllah.

"Sabar ya dik... mungkin Allah SWT dah janjikan sesuatu yang teristimewa buat adik. Cuma sekarang ni adik harus sabar dan redha dengan dugaan diberikan.

"Tabah dan tawakal... jodoh, ajal dan maut itu ketentuan Allah. Kita semua hanya mampu bedoa dan berserah kepadanya (ALLAH).

"Sabar ya jangan sedih inshaAllah pasti akan ada yang terbaik bila sampai masanya nanti," ujar beberapa netizen," ujar beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 19-12-2022 05:31 PM
hmm...really? sebab tak boleh terima anak tiri? ye ke? yakin? hehehe...


ting... ting.... ting...... eh berdenting pulak nok..
Quote lattehazelnut 19-12-2022 05:33 PM
Xkesian pun.. klau ada anak carik la pompuan yg ok..
Ni kompem last2 minit bru bg tau..
Quote fealefea 19-12-2022 05:33 PM
ye ke. perempuan tak la jahat sgt k.
Quote Goodluckdontcry 19-12-2022 05:38 PM
Ayat org skrg..ajal dan maut tu sama la dik...mmm 4 perkara yg Allah SWT tentukan waktu kita janin berusia 4 bln(klu den xsilapla..den ni short memory dik)..rezeki, jodoh, ajal dan ketentuan hidup samaada bahagia @ derita..itulah 4 perkara..tp lantak ko la nak mati 2 kali..ajal dan maut.. kehkehkeh den xkisah..den saje nk tulis..

Tuk ko dik..tahla semoga muhasabah diri..dan doalah byk2 utk kebaikkan diri sndr dari sikit2 nak luah dlm Media soSIAL...tp again.. lantak ko lah labu...jaga anak ko baik2 dik... kehkehkeh
Quote missyL 19-12-2022 05:45 PM
Bole la buat kontent kan
Quote cucutokwan89 19-12-2022 05:46 PM
Budak opis daku kata dia ok kalu dpt jodoh dgn duda yg ada anak. Takda kisah sgt nk pregnant. Boleh kata kt org nk bonding dgn anak tiri dulu
Quote Kurex 19-12-2022 05:49 PM
Celah mana acap moslem.. tapi kalau dia nak kurex, kurex ok jah
Quote edayildiz 19-12-2022 05:49 PM
cucutokwan89 replied at 19-12-2022 05:46 PM
Budak opis daku kata dia ok kalu dpt jodoh dgn duda yg ada anak. Takda kisah sgt nk pregnant. Boleh  ...

betul jgk tu
dpt ank express gitu
Quote tobobon 19-12-2022 05:58 PM
heloklah jugak

selalu tajuk bila ckp kacak jer...meols mcm x percaya sangat
Quote faraway1 19-12-2022 06:13 PM
Dua kali dibye bye so kerana sikap kot, entah panas baran, tanya ex bini napa dorang cerai

Quote sepiITUindah 19-12-2022 06:16 PM
ingat hensem boleh kenyang ker?
Quote Zack8hunter 19-12-2022 06:21 PM
fishy sgt.. tp takziah jer la labu.. btw anak dia tu dia yg jaga or ex wife?
Quote margo20 19-12-2022 06:28 PM
Bila dia senyum tu je nampak semmm klu tak yashe jerla mcm budak kje 7e
Quote _blackbird 19-12-2022 06:36 PM
iols ada kenal sorg jantan nasib lebih kurang gini. first bini dia lari tinggalkan dia utk jantan lain. lepas cerai few years kemudian dia ada girlfriend baru, wow kemai di tayang ke hulu ke hilir, tak lama lepas tu gf dia pon lari ikut jantan lain. before covid aritu dia tunang lak tup tup lagi 2 minggu nak kahwin, tunang dia pon lari der.... ahahahah mmg kelakor tapi jantan tu pon mmg poyo level dewa rasa terpaling kacak, rasa mcm dia byk duit, siap claim ada saving 250k lepas 3bln main forex, jual avocado 60 carton boleh beli pantek philippe puiii, kemain confiden heshe membongak, in reality drive kancil je
Quote I.K.A888990 19-12-2022 07:16 PM
cuba cek diri tu dulu
Quote zie_indah 19-12-2022 08:09 PM
Gigih ye buat content dikkkk...
Quote ninja9 19-12-2022 08:17 PM
_blackbird replied at 19-12-2022 06:36 PM
iols ada kenal sorg jantan nasib lebih kurang gini. first bini dia lari tinggalkan dia utk jantan la ...

ini bagus untuk buat research ni..
Quote _blackbird 19-12-2022 08:52 PM
ninja9 replied at 19-12-2022 12:17 PM
ini bagus untuk buat research ni..

mana la tak perempuan try himpit, dah dia selalu kata dia saving half million, pastu asik tunjuk la slip konon ada duit belas2 ribu masuk. rupanya in reality bawak kancil 850 je der... ahahah tapi last dia ada beli honda civic FD second hand, kemahen terpaling asik la post steering H, bukan civic ketam pon, FD jaaa pon, pastu tak cukup setahun dah tak nampak bayang FD, pakai kancil balik wakakakakaka


ada lagi 1 lelaki i kenal pon dia ni pon dah kahwin cerai kahwin cerai (dengan bini berbeza) 3x, ni pon sama, bawa kenari je pon pastu ada lah around 2017 / 2018 kot dia beli honda city GM6 pekak paling low spec, city je pon kemahen sembang mcm dlm malaysia ni dia sorg jaa la yg pakai honda, kemain show off kat iols segala features city GM6 dia tu, siap ckp "beruntung tau siapa jadi bini dia" blweeekkkk... pastu cukup setahun pi gadai city pakai axia lak. (yg ni mmg confim tak mampu renew insuran)
Quote raxief 19-12-2022 11:30 PM
_blackbird replied at 19-12-2022 08:52 PM
mana la tak perempuan try himpit, dah dia selalu kata dia saving half million, pastu asik tunjuk l ...

aku x fhm org mcm ni. menipu benda yg senang2 boleh kantoi akan datang.

officemate aku ni ada sepupu dia kawen dgn sorang mamat yg beriya ckp dia dapat pampasan berjuta dari petronas rapid pengerang. walhal takde pun. lg teruk family dia sebenarnye bawah lg dari B40. kerja pun tukang kebun sekolah je.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.197065 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top