CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Meninggal Dalam Bas Mungkin Alami Jangkitan Darah Dan Selaput Otak, "Anak Tak Sihat Cepat Bawa Hospital"

19-12-2022 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1023| Komen: 4

KUCHING – Kematian bayi di perhentian bas Jelukong, Sri Aman pada 9 Disember lalu kemungkinan berpunca akibat jangkitan darah (sepsis) dengan komplikasi jangkitan selaput otak (meningitis).


Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata ia berdasarkan laporan yang diperolehi daripada temu bual bersama ibu bapa, rekod perubatan dan pemeriksaan fizikal ke atas mayat bayi berkenaan.




“Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin menasihati orang ramai agar membawa bayi atau anak mereka ke fasiliti kesihatan (klinik/hospital) terdekat dengan segera sekiranya mendapati bayi atau anak tidak sihat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata hasil daripada laporan akhir ke atas kes yang tular di media sosial itu, bayi berusia tiga bulan berkenaan telah meninggal dunia di dalam bas semasa dalam perjalanan bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei pada 4 Disember 2022, bertujuan mendapatkan rawatan tradisional.


Katanya ibu bayi itu menyedari bahawa bayinya tidak bernafas semasa mereka berhenti di perhentian bas berkenaan.

“Bayi telah dibawa ke hospital berdekatan dan disahkan telah meninggal dunia di hospital berkenaan. Bagaimanapun, bedah siasat tidak dilakukan kerana pihak keluarga tidak bersetuju.

“Mayat bayi tersebut kemudian dibawa pulang oleh pihak keluarganya dan dikebumikan,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 20-12-2022 09:35 AM
semoga omaknya tabah. sng je ko ckp terus g spital. mslhnya kata spital jauh, nak kena pikir duit bas lg. bahlol
Quote eyansss 20-12-2022 10:00 AM
Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin menasihati orang ramai agar membawa bayi atau anak mereka ke fasiliti kesihatan (klinik/hospital) terdekat dengan segera sekiranya mendapati bayi atau anak tidak sihat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


walk the talk ya…  sebab ramai sangat parents komplen kena marah bila bawak anak ke klinik kesihatan sebab katanya mengada2…  belum lagi kalau rush terus ke er (padahal anak2 tu high fever)…  faham gomen spital n clinic ramai orang tapi check la dulu betul2 sebelum nak emo marah2…
Quote bulan_gerhana 20-12-2022 10:16 AM
ye.. iols pun pernah kena bwk pegi KK.. 3 anak demam and flu... iols mmg dah ade ubat kat rumah.. then bwk pegi sana doktor bebel.. ni xde apa2 ni observe je tempreture dia.. batuk tu avoid minum air ais... bukan iols x buat... semua dah try dah... alih2 di ejek kita balik mak x jaga anak.. iols is rasa nak jerit je kat doktor... iols sabar je... masih ade pedoman... anak2 iols ni ade time yg nak doc pegang juge.. then makan ubat baru yg klinik bagi then baru kebah..haih... doc pun emo x bertempat.. nurse lagi lah... moncong semedang bila kita register anak..
Quote Supersirap 20-12-2022 10:22 AM
Salam takziah kepada keluarga mangsa

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.924508 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top