CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kamarul Yusoff 'Jahanamkan' Gambar Konvo Anak

19-12-2022 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3175| Komen: 12

Gelagat pelakon veteran Kamarool Yusoff ketika meraikan kejayaan anak perempuannya iaitu Nur Najihah Kamarozaman yang menamatkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Jumaat lalu mencuri perhatian warganet.


Mana tidaknya, aksi Kamarool ketika mengambil gambar bersama anaknya itu mencuit hati apabila dia membuat gaya watak Cik Man dalam filem Rock Oo! yang mencuit hati.

Menerusi perkongsian gambar tersebut, Kamarool, 64, memakai baju batik berwarna merah sambil membuat pose ikoniknya iaitu meletakkan tangan ke arah bibir yang dimuncungkan ketika menghadiri Majlis Konvokesyen USM di Pulau Pinang.


Foto: via mStar

Netizen yang tercuit hati dengan foto tersebut memberitahu pelakon yang pernah popular menerusi filem Gila-Gila Remaja berkenaan memang masih tidak move on dengan gaya tersebut sehingga gambar bersama keluarga turut menjadi 'mangsa'.


"Ayah memang tak boleh move on dengan gaya macam itu ya, walaupun gambar konvokesyen bersama keluarga.

"Gaya ayah akak paling mantap dalam majlis semalam dengan gaya bergambar watak Cik Man," komen netizen.

Dalam pada itu, Najihah, 24, menerusi kapsyen gambar tersebut memberitahu selain menerima ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan, dia juga berjaya menamatkan latihan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS).

"Selepas empat tahun, akhirnya berjaya juga sarungkan jubah konvo ungu ini. Alhamdulillah dua sijil dalam masa belajar iaitu Tauliah SUKSIS dan ijazah sarjana muda," tulisnya.

Sementara itu, pengikutnya turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya malah ada yang sempat mengusik watak Cik Man dalam filem Rock Oo!

"Tahniah anak Cik Man. Semoga terus berjaya dan banggakan ibu ayah.

"Walaupun Cik Man dah tipu Rimba Bara tapi Cik Man berjaya didik anak sampai ke tahap ini. Tahniah," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkidorkido 19-12-2022 04:18 PM
Tahniah dik
Elok-elok anak isteri dia
Quote lolita737 19-12-2022 04:29 PM
anak lelaki dia comel jugak..hehehe
Quote KamikuP 19-12-2022 04:43 PM
Helokk yaa anak bini dia..
Quote Jitu 19-12-2022 04:48 PM
Farouk gagak hitam
Quote Cpkay 19-12-2022 05:11 PM
wangi wangi je nampak anakanak dan isteri farouk ni
Quote Honey_Inara 19-12-2022 07:28 PM
Haha..ramai ye brader2 atau uncle2 yang nampak brutal tapi rupanya anak bini elok2.. rockers2 pun sama.. yang hauk tu hauk la.. yg elok, elok..
Quote I.K.A888990 19-12-2022 07:41 PM
tahniah laaaa dikkk
Quote olezzeli17 19-12-2022 07:43 PM
Yg adik saya pulak, dia gi samakan rambut saya dgn Cik Man ni tiap kali dia nampak saya bangun tidur. Kuang ajo sungguh lahai.. hahaha.
Quote kaedahnya 19-12-2022 08:43 PM
dia adik beradik ngan faizal hussein ke hah sebab ingat jugak dulu dulu dia suka ajuk style hussein abu hassan berlakon. dia tak geng sangat kot ye ngan pelakon kelantan lain. jarang tengok dia berlakon ngan depa.
Quote ezacbee 19-12-2022 08:48 PM
Masa kecik aku takut tengok dia berkepala botak filem rozana87. Aku suka part dia ajuk pelakon Hussein Abu Hassan, Rahim Razali.. Sama lak
Quote Perawankota 19-12-2022 08:51 PM
Dia kan, pernah Add aku kt fb.. pastu text aku kt messenger mintak no hp.. pastu dah baper kali dia dok mintak tapi aku tak bagi, terus dia unfriend aku..

Apapun tahniah buat anaknya
Quote rosedemon 20-12-2022 09:45 AM
tak cantik anak dia so nexttt

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.038218 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top