CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jenazah Warga Emas Terkandas 14 Jam Sebab Rumah Banjir

19-12-2022 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 990| Komen: 3

Besut: Jenazah warga emas terkandas hampir 14 jam dalam rumah selepas kediamannya di Kampung Gaung di sini, dinaiki air sejak awal pagi, hari ini.

Difahamkan, Che Gayah Mohamad, 81, disahkan meninggal dunia pada jam 8 malam tadi akibat sakit tua selepas terlantar hampir enam bulan.

Cucunya, Nik Mohd Fhaiez Mohd Khalil, 30, berkata, jika diikutkan jenazah neneknya itu dikebumikan pada malam tadi tetapi disebabkan proses dokumentasi untuk mendapatkan permit kubur tidak lengkap ia terpaksa ditunda ke pagi hari ini.


Foto: Harian Metro

"Pada 3 pagi tadi, banjir melimpah ke kawasan rumah sehingga hampir masuk ke dalam kediaman kami semua terkandas tidak dapat keluar.


"Kami cuba menghubungi bilik gerakan banjir tetapi tidak berjaya dan terus menunggu sekiranya ada anggota penyelamat yang boleh masuk ke kawasan ini.

"Sehingga 8 pagi hari ini, masih belum ada bantuan sampai untuk membawa keluar jenazah nenek ke Hospital Besut bagi mendapatkan pengesahan kematian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mereka juga terpaksa meminta bantuan melalui media sosial supaya mereka dapat keluar dari kawasan rumah secepat mungkin.

"Syukurlah, pada jam 10 pagi hari ini ada bot persendirian yang berjaya masuk ke kawasan ini dan membantu kami membawa keluar jenazah ke jalan utama.

"Jenazah nenek saya dijangka dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung.

"Tanah perkuburan lama terletak di atas bukit tidak ditenggelami air," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 19-12-2022 04:31 PM
Salam takziah buat keluarga
Quote zie_indah 19-12-2022 11:23 PM
Salam takziah buat seluruh keluarga..
Quote rosedemon 20-12-2022 09:34 AM
sian. semoga semua dipermudah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.082305 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top