CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Viva Dah Gerak Ke Hulu Terengganu Untuk Tolong Mangsa Banjir

19-12-2022 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1323| Komen: 5

MELAKA – Sukarelawan, Azwan Omar yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ telah bergerak ke Hulu Terengganu untuk melaksanakan misi bantuan bencana banjir.

Azwan, 30, berkata, dia bertolak ke Terengganu semalam dengan menaiki pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan akan meneruskan misi bantuan di kawasan terjejas di Pantai Timur.

Jelasnya, bantuan awal telah diberikan kepada penduduk di Hulu Terengganu yang kini terjejas teruk selepas rata-rata kawasan telah dinaiki air.

Foto: FB

“Saya dan pasukan sukarelawan akan terus menjalankan misi di Hulu Terengganu ini memandangkan pergerakan kami untuk ke tempat lain juga agak terbatas kerana banyak kawasan telah dinaiki air.

“Bantuan dapat diberikan kepada penduduk melalui kerjasama pasukan bomba yang giat melakukan misi menyelamat di Hulu Terengganu dan Kuala Berang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, selepas ini pasukan sukarelawannya, Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang V-Va akan meneruskan misi bantuan menyelamat di Kelantan.

“Keadaan di sana juga semakin buruk, namun kami masih belum dapat bergerak kerana banyak laluan-laluan utama telah dinaiki air banjir.

“Jika cuaca hujan berterusan, memang agak mencabar misi sukarelawan ini kerana air akan menjadi semakin deras dan dalam,” katanya.

Kata Azwan, selain misi memindahkan mangsa bencana, kumpulan sukarelawannya turut memberikan kit bantuan merangkumi makanan dan barangan kebersihan diri menggunakan dana sumbangan orang ramai. – CARI

Simber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 19-12-2022 04:33 PM
Dia pegi ni bini dia bagi ke? eekekekekkee
Quote supernaturalee 19-12-2022 04:49 PM
aik td thread lain kata xde bajet
Quote otai_g 19-12-2022 05:03 PM
Niat tu bgs tp utk menyelamatkan org banjir ni sebaiknya biar la terdiri drp pasukan yg terlatih.
Quote renko 19-12-2022 05:03 PM
alah lancau ni
dulu kata fulltime nk jd sukarelawan
pesal da kena seru baru hegeh2 nk pergi
Quote rosedemon 20-12-2022 09:34 AM
gudluck ya. hati biar ikhlas ya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.047926 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top