Baru minggu pertama dah kena maki! Ramai menyampah tengok Janna Nick jadi pengacara Famili Duo. Bingit sangat kata netizen. Menjawab pertikaian itu, Janna mengaku dia silap sebab bercakap dengan kuat.
"Bingit itu memang saya akui kesilapan saya sebab pada awal program mikrofon saya ada masalah... saya sendiri tak dapat dengar suara saya. "Bila saya tak dengar, saya anggap orang lain pun sama tapi bila produksi tukar mikrofon barulah okay. "Saya sebagai pengacara apabila mikrofon tak berfungsi, kita cuba untuk bercakap kuat, tapi bila baca komen orang cakap kuat, baru saya sedar mikrofon saya ada masalah tapi bila tukar dah okey," katanya kepada mStar.
Ada juga yang gelar Janna biadab sebab selalu potong komen juri. "Kita faham juri mahu berikan komen terbaik agar peserta dapat memperbaiki persembahan... kalau program ini lima jam saya akan biar apa juri nak kata, tapi macam tadi kita dah terambil 15 minit sehingga ada persembahan yang terpaksa ditolak. "Saya selalu dapat watak jahat, saya akan ambil watak itu dan terpaksa potong serta menyampuk komen juri. Tak apalah biar orang nak kata apa... Janna Nick menyampuk... Janna Nick potong cakap juri... saya terima teguran itu dengan hati yang terbuka.
"Saya juga menjalankan tanggungjawab saya sebagai pengacara di mana acara ini berlangsung selama dua jam. "Saya tak ambil hati dengan komen mereka kerana orang yang komen tidak ada dalam situasi kita di atas pentas. Kita tak boleh nak sakit hati dengan komen dia orang. Kalau dia orang tak suka tak apa... Insya Allah minggu depan saya bagi yang lebih baik." Bukan itu sahaja ada juga kata Janna try hard sangat nak tiru Elly Mazlein. "Ini adalah permintaan penerbit bukan saya nak jadi Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein). Saya tidak study cara Kak Lina mengacara, tapi ini adalah pemintaan penerbit yang mahu saya seratus peratus mewakili peserta dan saya bersuara untuk peserta. "Jadi saya memang kena lawan juri terutama apabila ada kata-kata yang agak melampau pada peserta, saya kena suarakan. Saya sebagai orang yang dibayar gaji perlu tonjolkan apa itu DNA Famili Duo memandang musim kali ini lebih serius." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|