CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Lelaki Sharifah Shahirah Macam Perempuan, Yang Perempuan Gaya Macam Lelaki Pula

19-12-2022 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4863| Komen: 12

Tidak kering gusi netizen apabila Sharifah Shahirah mencuri perhatian ramai berkongsi gaya unik anak-anaknya dalam TikTok baru-baru ini.

Dalam video tersebut, penyampai radio Suria FM itu berkongsi dan memberi pendapat mengenai imej tiga anaknya iaitu Airell Zulkifli, Airra Zulkifli dan Audrra Zulkifli.


Foto: IG

“Anak aku sudah macam Janna Nick dalam drama Coffee Prince.

“Airra, duduk macam lelaki, manakala yang lelaki (Airell) duduk seperti perempuan,” katanya.



Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsiannya yang mesra disapa Shiera dan dia turut dilabel sebagai ibu yang ‘sporting’.

“Ibunya kelakar. Tak mengapa, nanti berubahlah jika sudah dewasa,” komen netizen.




“Cantik dan kacak anak-anak Shiera. Boleh jadi model semuanya,” kata seorang lagi netizen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 19-12-2022 12:56 PM
Umur-umur nak membesar dan masih mencari identiti...semoga yg perempuan jadi yg sepatutnya lah.
Quote intan244 19-12-2022 03:09 PM
iols yg pertengahan usia pon masih mencari identiti. dlm proses nak tukar wardrobe ni.
Quote shernazz 19-12-2022 03:17 PM
Iols.mmg jarang tgk.ig retis
Tp.memula.igt yang airra tu.lelaki.
Hahaha...bila.angkat mukammbaru nampak.pompuan..hahahah...
Quote kechikchomel 19-12-2022 03:33 PM
biasa la tu kak ara. budak2 sume benda dia nak try. nanti dah besar tau la dia.
tengok macam anak kak Angie si Shiloh tu. masa budak kemain cam jantan. siap berneck tie bagai.
dah besar sikit herloksss je haaa. pakai skirt lagi.
Quote beta_carotene 19-12-2022 03:36 PM
helok anak2 shira ijoy.. baka menjadi.. haa yang helok cmni boleh la nk ber wednseday addams dlm tiktok sampai lebam pun meols xkisah..

kalo yg ropa mcm hmmm... elok katup je tiktok dek
Quote Lavender_Violet 19-12-2022 03:59 PM
Mcm jantan sungguh yg pompuan tu....terkangkang duduknya
Quote woven11 19-12-2022 04:08 PM
Suke tgk family ni.. mcm2 perangai ade. Mak bapak sempoi..
Quote KamikuP 19-12-2022 04:39 PM
"Tidak kering gusi netizen"

Gusi nenek netizen kah? ekekeke
Quote Orix 19-12-2022 04:52 PM
iols mmg suka layan ig story seripah sehira ni.. kelako...
Quote rosedemon 20-12-2022 09:43 AM
sume anak dia cntik ensem
Quote duri_durians 20-12-2022 11:22 AM
smua ni mmg anak shera dgn ijoy ek? ijoy nama sebenarnya zulkifli ke?
btw cantik hensem blaka.
Quote August 20-12-2022 03:24 PM
Bagus dia. Masa banjir hari tu rumah dia dh mcm balairaya kumpul barang derma

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.078486 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top