CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Mati Ditembak Dalam Rusuhan Kenaikan Harga Bahan Api

19-12-2022 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 607| Komen: 1

Jordan menangkap berpuluh-puluh individu dipercayai terbabit dalam tunjuk perasaan membantah kenaikan harga bahan api seperti petrol dan diesel selepas seorang pegawai kanan polis ditembak mati, kata agensi keselamatannya kelmarin, lapor AFP.


Timbalan ketua polis wilayah Maan, Kolonel Abdul Razzaq Dalabeh meninggal dunia akibat tembakan di kepala di bandar Al-Husseiniya Khamis lalu ketika cuba mengawal apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai ‘rusuhan’.

“Seramai 44 orang yang terlibat dalam rusuhan di beberapa rantau di Jordan telah ditangkap dan akan dihadapkan ke mahkamah,” kata Direktorat Keselamatan Awam dalam satu kenyataan.


DERETAN kereta perisai dilihat di bandar Maan, sekitar 220 kilometer ke selatan ibu kota, Amman pada 16 Disember lalu. – AFP


Menurutnya, anggota pasukan keselamatan tambahan telah di hantar ke wilayah-wilayah terbabit. Pihak berkuasa berkenaan mendakwa bahawa ‘samseng dan pelaku vandalisme’ menjadi dalang di sebalik keganasan di Maan itu, selatan Jordan.

Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II memberi amaran pada Jumaat lalu bahawa ‘sesiapa yang mengangkat senjata menentang negara akan ditangani secara tegas’.

Dua anggota polis lain ditembak dan cedera, juga di Al-Husseiniya, kata direktorat sama.

Pemandu teksi dan lori di beberapa wilayah di selatan Jordan memulakan tindakan mogok lebih seminggu lalu.

Mereka disertai oleh pemandu bas dan peniaga yang menutup kedai masing-masing, Rabu lalu, sebagai membantah harga bahan api lebih tinggi.

Bantahan tercetus minggu lalu apabila penunjuk perasaan menyekat jalan-jalan dengan membakar tayar dan melakukan konfrontasi terhadap pasukan keselamatan di sesetengah kawasan.

Harga bahan api naik hampir dua kali ganda di Jordan berbanding setahun lalu, terutamanya minyak diesel yang digunakan oleh trak dan bas di samping minyak tanah.

Minyak petrol Ron95 dijual pada harga sekitar 1.170 dinar (RM7.30) untuk satu liter dan diesel berharga 0.895 dinar (RM5.58) seliter. 


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 19-12-2022 12:29 PM
malaysia ada dua option tarik subsidi or gst.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.083620 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top