CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tipu Perut Besar Sebab Kanser, Wanita Bunuh Bayi Baru Lahir Kerana Kesempitan Hidup

19-12-2022 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 757| Komen: 3

Seorang wanita dari Bengkulu, Kota Surabaya, Jawa Timur, Indonesia tergamak membunuh bayi lelakinya yang baru dilahirkan pada Khamis lalu dek kesempitan hidup.

Suspek berusia 33 tahun dan ibu kepada tiga anak itu mengakui bahawa dia sebenarnya sudah tidak mahu mempunyai anak serta sudah mengikuti program perancang keluarga.


Gambar hiasan

Namun, apabila dia mengandung anak keempat itu, wanita itu bertindak menyorok kehamilan itu bukan sahaja daripada jiran terdekat, malah suaminya sendiri.

Dia sanggup menipu dengan mengatakan mengidap kanser menyebabkan perutnya membesar.

Portal Kompas melaporkan, suspek sempat memberikan susu badan dan bayi lelaki tidak berdosa itu ditekup di bahagian mulut dan hidung sehingga tidak bernafas.


Wanita itu melahirkan anaknya tanpa bantuan sesiapa pada 8 Disember lalu sebelum membunuhnya.

"Selepas bersalin, bayi saya menangis sekali. Saya terus mendukung dan menyusukannya. Saya menekup mulut dan hidungnya dengan tangan," katanya.

Jasad bayi itu dimasukkan ke dalam beg dan disembunyikan di bilik sebelum dibuang.

Buat masa ini, polis mengesahkan motif wanita itu membunuh bayinya adalah kerana masalah kewangan.

Kes itu terbongkar selepas penduduk tempatan menemui jasad bayi itu dekat sebuah warung di jalan Menanggal V, Gayungan, Kota Surabaya pada Sabtu kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan.

Bayi itu diletakkan dalam selimut merah yang dibungkus dalam beg plastik dan kemudian dimasukkan ke dalam kotak.

Sementara itu, Ketua Polis Gayungan Polrestabes Surabaya Suhartono berkata, pihaknya menjalankan siasatan dan meminta keterangan beberapa saksi, termasuk pemilik warung.

Selain itu, pihaknya juga memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

Menerusi rakaman CCTV, kelihatan seorang wanita yang disyaki membuang bayi dan datang menaiki basikal.

Selepas lima hari, polis mengesahkan suspek adalah ibu kandung mangsa.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 19-12-2022 12:36 PM
Erkk tak perlu bunuh pun boleh je bagi kat org.
Malah sanggup ko sorokkan kehamilan drpd pengetahuan suami sendiri.

Bayi lelaki lak tu yg katanya selalu diidam ramai manusia sampai sanggup buat ivf demi mendapat jntina yg dimahukan.
Quote Triple_8 19-12-2022 12:48 PM
Para forumer "orang-miskin-mohon-jangan-beranak" pasti amat gembira dan mengucapkan tahniah.
Quote shernazz 19-12-2022 12:56 PM
Kesian baby tu..
Adoi la..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.041571 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top