CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Yatim Piatu Tak Tahu Ibu Bapa Maut Dalam Nahas, Masih Sangka Dua-Dua Pergi 'Work'

19-12-2022 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1485| Komen: 5

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan di Felda Selatan di sini masih tidak memahami bahawa kedua ibu bapanya telah meninggal dunia sejak sebulan lalu.

Aulia Izzatunnisa Mohd. Izwan, 3 merupakan anak kepada pasangan Saidatul Khadijah Mohd. Shahridin dan Muhammad Izwan Mansor yang maut dalam nahas di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing selepas pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bulan lalu.

Ibu Allahyarham Saidatul Khadijah, Absah Abdullah, 61, berkata, cucunya itu masih menganggap ketiadaan kedua ibu bapanya di rumah kerana bekerja.

Katanya, tambahan pula sebelum ini ibu bapanya memang jarang bertemu kerana arwah menantunya sedang mengikuti pengajian jarak jauh di peringkat Ijazah Sarjana dan hanya dapat bersama ketika cuti panjang.


Foto: Utusan Online


“Kami juga ada jelaskan namun dia masih budak-budak lagi mungkin masih tidak faham sepenuhnya apa yang berlaku tentang kematian ibu bapanya.

“Dia hanya sebut ibu dan ayah ‘work’ meskipun keduanya telah menghadap Ilahi. Kami juga dapat lihat kesayuan di sebalik wajahnya bila melihat sepupunya lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing. 

“Walaupun reaksinya sekejap sahaja namun kami memahaminya. Sekarang dia tinggal bersama saya di sini. Kami anggap dia seperti amanah yang perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluangkan masa menziarahi kanak-kanak dan keluarga pasangan tersebut serta menyerahkan sumbangan.

Turut sama dalam lawatan itu adalah pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang menyerahkan sumbangan kepada waris Mohd. Izwan selaku alumni UTeM.

Dalam nahas tersebut, pasangan suami isteri itu maut di tempat kejadian apabila kereta Perodua Alza dinaiki terlibat kemalangan dengan Toyota Hilux di mana dalam kejadian itu Aulia Izzatunniza turut mengalami kecederaan. 

Absah berkata, kejadian itu menyebabkan kaki kanan cucunya itu alami retak serta perlu disimen dan kini keadaannya semakin bertambah baik.

“Allah lindungi Aulia kerana ketika kejadian dia berada di pangkuan ibunya. Dia dirawat selama tiga hari di hospital sebelum dibenarkan balik. 

“Awalnya memang dia tidak boleh berjalan sendiri kerana kakinya yang bersimen dan perlu dibantu. Tambahan pula doktor memang sarankan kakinya disimen meskipun tidak alami patah agar membantu  proses penyembuhannya. 

“Kini keadaannya semakin baik dan sudah boleh berjalan sendiri. Simen di kakinya juga akan dibuka tidak lama lagi,” katanya lagi. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 19-12-2022 01:21 PM
kesiannya... huhuhu
Quote airmineral 19-12-2022 04:55 PM
kesiannyaaaaaa[em:9:]
Quote cattiecute 19-12-2022 05:07 PM
mesti merambu ayaq mata orang yang tanya mak ayah dia p mana bila jawapan dia "mak ayah p work"
Quote matchstick 19-12-2022 05:12 PM
Semoga dipermudahkan kehidupan anak ini smpi dewasa dan dilindungi drpd manusia jahat di sekeliling sheols
Quote rosedemon 20-12-2022 09:31 AM
xpela dik kecik2 cmtu nnt times will heal everything sbb ko xpham apa2 lagi

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.076796 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top