CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Masih Lelaki, Ini Cara Saya Cari Rezeki Buat Keluarga'

19-12-2022 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3773| Komen: 38

Peniaga lelaki mengenakan pakaian wanita untuk menjual barangan semakin menjadi trend di media sosial apabila didakwa bukan sahaja boleh menjadi daya tarikan, malah membuatkan produk bertambah laris.


Peniaga mendakwa, mereka tidak menyangka jualan melonjak dengan menggunakan kaedah tersebut walaupun pada mulanya hanya dilakukan secara suka-suka ekoran terperap di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu.

Bagaimanapun, di sebalik keghairahan tersebut, ada juga yang mengecam dan menganggapnya sebagai tidak sesuai selain melanggar fitrah sebagai seorang lelaki.

Menjelaskan perkara berkenaan, seorang influencer dikenali dengan nama Bonda AJ berkata, dia sedar watak tersebut melanggar fitrah, namun ia hanya di media sosial demi mencari rezeki buat keluarganya.


Gaya Hairulnizam ketika mempromosikan sejenis makanan yang dimuat naik di laman sosial miliknya.


Katanya, ia adalah cara yang kreatif bagi menarik minat pembeli terutamanya wanita ketika membuat hantaran atau kandungan di media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook.

“Ketika PKP, kerjaya saya sebagai perancang majlis terjejas ekoran pandemik Covid-19. Sebelum pandemik, saya lebih selesa mempromosikan perkhidmatan saya secara offline.

“Jadi saya cuba buat kandu­ngan bagi penjenamaan peribadi dan tak sangka video mengajar bersolek dengan gaya kreatif sebagai watak wanita diterima ramai dan membuka peluang untuk mempromosikan perkhidmatan saya,” katanya kepada Kosmo!

Bonda AJ atau nama sebenarnya Ahmad Hazril Aliuddin, 37, berkata, penerimaan masyarakat bukan menyeluruh kerana ada juga yang mengecam dan ­menganggapnya melanggar fitrah lelaki.

Tambahnya, dia sedar me­ngenai hal itu tetapi menegaskan hanya melakonkan watak tersebut di media sosial kerana dia masih merupakan lelaki dan bapa kepada dua cahaya mata di alam realiti.

“Saya menerima kecaman itu. Ini cara saya mencari rezeki buat keluarga. Alhamdulillah, perniagaan saya juga makin dikenali selepas watak Bonda AJ tular di media sosial,” katanya.

Ujar Ahmad Hazril, ahli ­keluarganya menerima apa yang dilakukan dengan syarat perlu menjaga batas serta tidak keterlaluan.

“Biasanya, saya hanya akan mengenakan rambut palsu dan mengajar mekap di media sosial sahaja. Apabila mengacarakan majlis, saya masih membawakan watak lelaki cuma berpakaian sedikit pelik dan kreatif.

“Saya masih lelaki. Apapun, ia masih berteraskan kepada niat serta tidak mempunyai apa-apa maksud lain,” katanya.

Seorang lagi influencer, Hai­rulnizam A. Rahman, 32, pula menyifatkan, karakter wanita bernama Ramona hanya dibawanya ketika membuat kandungan di media sosial dan bukannya ketika berada di luar.

“Sejujurnya, saya masih seorang lelaki dan tidak pernah terlintas untuk menjadi wanita apabila berada di luar. Watak Ramona hanya diwujudkan di media sosial kerana itu permintaan daripada pelanggan yang mahu saya membuat ‘review’ produk mereka.

“Kebiasaannya, saya mengulas tentang produk wanita, jadi ia lebih sesuai jika saya membawa watak seperti itu dengan menyelitkan unsur jenaka agar lebih difahami pelanggan,” jelasnya.

Ketika ditanya tentang pe­nerimaan keluarga, Hairulnizam berkata, kedua-dua ibu bapanya sentiasa memberikan sokongan untuk membuat kandungan di media sosial selagi ia tidak me­nerima kecaman melampau.


Ahmad Hazril atau Bonda AJ merupakan suami dan bapa kepada dua anak di dunia realiti.

“Mereka tahu apa yang dibuat itu sebagai lakonan sahaja untuk menghiburkan para pengikut dan tidak lebih daripada itu.

“Bagaimanapun, kedua-dua ibu bapa saya lebih suka jika saya membawakan watak lelaki, tetapi buat masa ini, karakter itu di­pilih mengikut kesesuaian ­sesuatu produk atau apa dikehendaki pelanggan,” jelasnya.


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 19-12-2022 11:25 AM
nizam rahman makin wanita skrg..masa pkp i bosan tgk jgk ig heshe
Quote dua_chzy 19-12-2022 11:25 AM
Emm....

Jantan straight sejati takkan cross dress bang...Kecuali la kau tu pelakon ka peserta Mahagaja Lawak ka...Ko tengok ja si Faiz Roslan tu dah jadi apa.
Quote ayukpingu 19-12-2022 11:39 AM
edayildiz replied at 19-12-2022 03:25 AM
nizam rahman makin wanita skrg..masa pkp i bosan tgk jgk ig heshe

kan? bibir nya tu...adoiii.
Quote KamikuP 19-12-2022 12:19 PM
Sapo lak bonda AJ berkerak tu.. mohon jgn lalu kat fyp meollss
Quote cucutokwan89 19-12-2022 12:21 PM
matlamat tak menghalalkan cara.
Quote mamajawie 19-12-2022 12:35 PM
si bonda AJ tu aku rasa ujung2 jadi cam caitlynn jenner..menutuh menutuh gak tapi bila da ujung2 nyawa da x tahan nak jadi betina..
Quote Bholatchomel 19-12-2022 12:35 PM
Niat tak menghalalkan cara
Quote shernazz 19-12-2022 12:37 PM
Papapau tu dia letak pau ke dalam sarung bra dia?
Quote Belibis 19-12-2022 12:47 PM
cucutokwan89 replied at 19-12-2022 12:21 PM
matlamat tak menghalalkan cara.

Janji kat mulut sentiasa ucap 'alhamdulillah'...
Quote Sazreena 19-12-2022 01:03 PM
The moment ko menyerupai wanita, tak kira la niat ko apa pun tetap salah ye bang.
Quote Kitty_catz 19-12-2022 01:18 PM


kut tok laki meols la,  mampuih keras umah takde beras pun heols tabuat kut

banyak lagi cara marketing lain... hat yg busuk berkerak jugak kau pilih


Quote FOTHER-MUCKER 19-12-2022 01:20 PM
Buat apa yang anda suka pedulikan apa orang nak kata.
Quote midori888 19-12-2022 01:35 PM
Sesuatu sgt...smp nak berpakaian seperti perempuan, kalu nak model, wife sendiri Kan ada...
Quote Acikgomen 19-12-2022 01:38 PM
edayildiz replied at 19-12-2022 11:25 AM
nizam rahman makin wanita skrg..masa pkp i bosan tgk jgk ig heshe

Jgn panggey nizam yach
Nama heshe farahhhhh
Quote kaedahnya 19-12-2022 02:16 PM
gambar nizam nampak perut tu memula ingat awek macam wow selak perut.
bila tau kata lelaki baru perasan perut dia tak flat.
Quote rospinki 19-12-2022 02:19 PM
kalau lelaki betul takdenya nk bgitu..buang tebiat sungguh. tapi tgk gaya pembawakan diri orgnya lembut sgt kearah pompuan. tapi naluri mgkin lelaki. aiihhh konfius mak
Quote Suchi 19-12-2022 02:19 PM
Ermm Nizam tu buat kontent yg bohsia ponteng sekolah tu kemain nk gak buh kopek pelesu, merempit tonggekkan bontot.
Tp tetap ramai yg suka yaaa, antara dia bertiga dlm video tu kawan dia yg MUA tu je rupa helok, betis licin cerah rupa yg tu pun not bad hidung mancung.
Quote Suchi 19-12-2022 02:23 PM
dua_chzy replied at 19-12-2022 11:25 AM
Emm....

Jantan straight sejati takkan cross dress bang...Kecuali la kau tu pelakon ka peserta Mahag ...

Teringat pilem The Danish Girl, lama terperap dlm lemari.
Sekali bini plak suh berlakon sat jd model perempuan utk lukisan sekali ehh sonok plak dia Lili sampai takmo dh pakai mcm lelaki.
Quote Simunggu 19-12-2022 02:28 PM
golongan RM50 ringgit sadja..sini kamu di kampung Air

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.060011 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top