Fezrul Khan sebelum ini mencetus kontroversi apabila memelihara beberapa ekor anjing sebagai haiwan peliharaan untuk menjaga kebun miliknya. Terbaharu, Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidui, 40, seolah-olah menyindir netizen yang pernah ‘menyekolahkan’ dirinya tentang hukum memelihara anjing sebelum ini.
"Kerja dia juga yang mencari mangsa. Mana acah-acah ustaz tak ada nampak pun keyboard warrior?" katanya. Kenyataan bersahaja pelakon itu dimuat naik bersama video unit anjing pengesan K9 yang menjalankan tugas misi menyelamat ketika kejadian tanah runtuh di Batang Kali, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Fezrul juga berharap agar semua pihak menyedari akan kegunaan anjing tersebut dan bukannya terus menjatuhkan hukum. "Nampak tak function K9 jangan sombong sangat. Siapa yang selamatkan?" katanya lagi. Sebelum ini, Fezrul memberitahu dia menjadikan al-Quran sebagai rujukan memelihara anjing bagi tujuan menjaga kebun. Malah dia juga meminta netizen yang mengkritiknya menyelidik terlebih dahulu sebelum menjatuhkan sesuatu hukum terhadap seseorang. "Apa pun yang saya buat kenalah rujuk al-Quran dahulu sebab Allah turunkan kitab suci ini sebagai panduan," ujarnya menerusi satu temubual bersama mStar. IG Fezrul Sumber: mStar |
DeLuna85: Kuat meroyan makin tua ni
cmf_jeangrey replied at 19-12-2022 02:21 AM
Netizen ckp apa? Tipikal netizen socmed biasanya kata haram sentuh anjing, haram bagi anjing jaga ke ...
jambatannetizen replied at 19-12-2022 12:28 AM
Apa dia kata ada betul jugak.
Msia acah2 benci anjing bagai (maybe kena brainwash). Last2 mintak to ...
Mulotkoyak replied at 19-12-2022 01:08 AM
kannnn....
Rasenya dia ni xfhm pasal anjing lg la. Dulu sekolah agama ke x erk? Mesti die pk org i ...
MatDeghem replied at 19-12-2022 07:50 AM
Anjing juga di guna di immigration untuk hidu dadah.....FYI
jambatannetizen replied at 19-12-2022 02:23 AM
kaaaaan! Mcm anjing tu dipandang jijik. Apa dia kata betul lah. Dia saje nak nganjing netizen bali ...
ADVERTISEMENT