CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Balas Dendam Pada Bekas Isteri- Bapa Tergamak Bunuh 4 Anak, Tekap Guna Bantal Dan Tikam Dengan Pisau

16-12-2022 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1549| Komen: 5

Seorang bapa di Alvorada, selatan Brazil, bertindak kejam membunuh keempat-empat anaknya.

Dia dipercyai membunuh mangsa dengan menekap bantal dan tikam menggunakan pisau.


The Mirror UK melaporkan, kejadian Selasa lepas itu menyaksikan suspek berbuat demikian kerana ingin ‘membalas dendam’ kepada bekas isteri kerana tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka telah berpisah.


Foto: Mirror UK

Suspek dikenali sebagai David ditahan pihak polis di sebuah hotel di Porto Alegre pada Rabu sementara mayat anak-anaknya ditemui di rumah.

Lelaki tersebut juga memberitahu polis bahawa dia menyiram anak-anaknya dengan teh bertujuan untuk menenangkan mereka sebelum bertindak membunuh kesemua kanak-kanak itu.


Suspek bagaimanapun menggunakan haknya untuk berdiam diri semasa berada di balai polis.

Difahamkan, suspek sudah bersama dengan bekas isterinya selama 12 tahun tetapi berpisah pada September lalu kerana menyerang pasangannya yang berusia 24 tahun.

Wanita berkenaan juga telah mendapat perintah sekatan daripada pihak polis selepas laporan mengenai serangan terhadap dirinya dibuat.

Menurut ahli keluarga ibu mangsa, semasa kejadian ngeri itu berlaku, keempat-empat mereka tinggal bersama bapa dan sepatutnya pulang kepada ibu dalam beberapa hari kemudian. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cucutokwan89 17-12-2022 07:54 AM
kegilaan apakah ini
Quote acik79 18-12-2022 01:15 AM
Gila bapa dia ni… ko juga yg sengsara sebab apa yg ko buat ni akan menghantui hidup ko seumur hidup…  
Quote sukacactus 18-12-2022 06:34 AM
Wow! Umur 24 dan dah bersama sejak 12 tahun?
Gila ke apa budak2 ko buat bini pastu berkasar dgn dia lg
Mesti jenis bengis tau nak tunjuk kuasa je laki lehanat ni
Quote Jitu 18-12-2022 06:56 AM
dahsyatnya
mcm binatang
Quote RinIna 19-12-2022 02:54 PM
Macam mana bole lepas bagi bapak musibat jaga anak2 kalau dh bapak jenis gini. Dh pernah ada kes pukul psgn kan.. aduhai, siannya budak2 tu..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.027733 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top