Menerusi MalaysiaKini, kata Firdaus, misi menyelamatkan ibu dan anak yang terperangkap dalam kereta itu adalah antara insiden yang menyedihkan buatnya.
"Ada satu kejadian yang menyedihkan buat saya, seorang mangsa lelaki memberitahui kami isteri dan anaknya ada di dalam kereta mereka yang turut terkesan dengan runtuhan itu. Dia menjerit memberitahu pasangannya terus menekan hon supaya mudah untuk kami mengesan kedudukannya.
"Dalam timbunan tanah dan kereta berselerakan, kami terus mencari arah hon kereta mangsa. Tidak lama selepas itu, kami menemui kereta dimaksukan lelaki berkenan dengan di dalamnya memang ada isteri dan anaknya.
"Dalam keadaan lemah, wanita itu meminta kami menyelamatkan anaknya terlebih dahulu. Ketika sudah berjaya mencapai si anak, saya segera memeluknya. Bagaimanapun, terdetik dalam fikiran saya bahawa kanak-kanak malang itu sebenarnya sudah meninggal dunia. Jelas dia pucat, sejuk dan tidak lagi bernadi," katanya.
Kata Firdsaus, pengalaman selama 17 tahun menjadi anggota APM mengajarnya untuk menjadi profesional, dia dan pasukannya kekal tenang mengeluarkan si anak diikuti isteri mangsa selepas itu.
Menerusi ruangan komen di IG milik Fedtri, rata-rata ramai yang sebak dengan perkongsian insiden tersebut dan mendoakan agar ibu tersebut tabah menghadapi dugaan. -CARI