Adrea Abdullah, 45, mendedahkan kenalan dalam industri hiburan yang digelar sebagai ‘drama queen’ akibat sering membuat perangai setiap kali mempunyai masalah peribadi.
“Saya kenal dia dah lama dulu, masa tu kami tak pernah shooting sama-sama lagi dan saya pun masih baru-baru lagi dalam industri. Saya kenal dia masa tu sebab boyfriend dia kawan baik dengan boyfriend saya. “Perempuan ni ada satu perangai yang buatkan saya rasa nak sepak. Dia ni jenis menagih perhatian ramai. Ada satu hari ni kami pergi club and terjumpa dengan girlfriend kepada ex-boyfriend dia. “Masa saya tengah lepak dia nampak perempuan yang couple dengan ex-boyfriend tu terus dia rasa tak puas hati. Saya marah dia kenapa nak kena cemburu sebab dia pun dah ada boyfriend baru yang kaya.
“Masa tengah menari-nari dia cucuh puntung rokok dekat perempuan tu, lepas tu dia buat-buat tak tahu,” katanya. Menerusi video lain, Adrea turut mendedahkan saat pelakon tersebut bergaduh dengan kekasih hatinya sehingga membawa diri tidur di sebuah hotel. “Ada satu masa ni dia bergaduh dengan boyfriend dia sampai check in dekat hotel Sheraton. Masa tu saya tengah lepak dengan boyfriend saya, then dia call saya meraung suruh datang. Saya rasa tak yakin nak pergi jumpa dia masa tu tapi saya fikir risau kalau terjadi apa-apa dekat dia. “Bila saya jumpa dia, dia kata dia dah dua hari duduk dekat hotel lepas tu dia dapat call bergayut biarkan saya terpinga-pinga dekat situ. Dia cakap dengan saya just for half an hour je. “Apalah motif dia ajak saya nak cerita tapi lepastu bergayut maki hamun sana sini. Saya tengok keadaan bilik dah macam tongkang pecah, dia mengamuk baling-baling barang sambil on call,” katanya. Berdasarkan video terkini, Adrea turut mendedahkan saat pelakon tersebut putus cinta dengan kekasihnya dan terus mabuk. “Masa ni kami dekat Luna Bar, dan bila dia break up tu orang kata wire shot dia empat kali ganda. Dia mix her drinks, tapi dia jenis yang tak boleh hold her alcohol. Dia tahu saya tak minum so dia expect saya akan jaga dia. “Bila dia dah mabuk nanti dia pergi dekat jantan lain buat perangai lepas tu menjerit macam orang gila. Saya kat situ tertekan sangat sebab dia pelakon, orang kenal dia tapi buat perangai dekat kelab,” katanya. Di akhir video tersebut, Adrea meluahkan rasa geram dan mengakui telah menyekat pelakon tersebut di seluruh media sosial dan nombor kerana tidak tahan dengan perangai aktres itu. -CARI Sumber: XTRA
|
Nham22 replied at 16-12-2022 10:20 PM
Sape frust menonggeng time putus cinta... Mmg down terukkksss time breakup.. ... Klu y ...
kerani_je replied at 17-12-2022 12:08 PM
Die ni kutuk jue aziz. Klau tgk pd tt nye mmg jenis mengata rakan artis je. Tp pd hint2 nye tu ada l ...
selipar_hijau replied at 17-12-2022 01:45 AM
Org mana dia ni?
ADVERTISEMENT